IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Khamis, 10 Mac 2011

10 B tangani STRESS

Jangan stress-stress...bak kata aku untuk diri sendiri...apa-apa masalah...just cool jer...layankan jer...yang penting aku tahun ni akan cuba hepi dan hepi...kalau stress pun...emmm...rasanya semua dah tau kan kalau perangai Cikma tengah moody...stress ler tu kan!!!hehe...apa-apa pun...aku nak share sikit tips 10 B untuk menangani stress...sangat mudah dan senang di amalkan...cuba-cuba dari sekarang ekkk!!!!....

Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B :

1. Bertenang

Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.

2. Bernafas secara dalam

Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.

3. Berkata : Relakslah (ni selalu aku guna sekarang!!!..emmm nampak hasilnya....)

Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.

4. Beribadat

Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.

5. Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang

Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.

6. Berurut

Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.

7. Berehat & mendengar muzik

Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.

8. Beriadah

Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.

9. Bersenam

Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.

10. Berfikiran Positif

Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.






Tak nak letak gambo orang stress...jadi Cikma letak gambo cantik ni...biar cool sikit kan!!!



CIKMA : Selawat nabi banyak-banyak...Insyaallah hilang stress kita...:)..lagi satu amalkan makan coklat...boleh buat kita tenang sikit.....


2 ulasan:

  1. memasak pun boleh hilangkan stress tau hihihi

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails