Tuesday, 26 June 2012

Amalin kena makan jugak...

Amalin keluar HUKM hari ni...setelah seminggu kat sana..tapi akan kembali semula dalam 18 Julai ni untuk pembedahan GASTROSTOMY...

Kena juga buat pembedahan tu bagi memudahkan AMALIN menerima makanan...sebelum ni asyik muntah jer gunakan tiub yang di masukkan melalui lubang hidung..kali ni tiub tu akan terus ke perutnya..maksudnya ALIN akan menerima makanan tanpa rasa nak muntah sebab makanan tu terus berada dalam perut (ni yang aku faham ekk)...

Harap lepas operation tu nanti ALIN dapat makan..cuba lah jugak seminggu ni di HUKM Kak Long bagi dia makan..tapi tak jalan jugak..yang Cikma tengok peel ALIN ni..bila nak tuang susu dalam tiub tu pun dah nak muntah..tu belum lagi Kak Long bancuh bubur atau nestum..ALIN tengok terus je muntah..kengkadang rasa macam nak marah je..sebab ALIN macam takut tengok makanan..Kak Long bagitau doktor buat surat supaya ALIN di masukkan ke satu sekolah pra/tadika yang dekat dengan rumah Along HANYA untuk bagi Alin tengok budak-budak makan...emm...memang kena main psikologi jugak untuk bagi Alin makan....

Apa-apa pun sepanjang hujung minggu lepas aku berkesempatan melawat ALIN di HUKM...ada ramai bayi/kanak-kanak yang mengalami perkara yang sama macam ALIN..tak mahu/sukar untuk makan..walaupun dalam keadaan, situasi dan penyakit yang berbeza...yang pentiang ALIN perlu juga di ajar makan melalui mulut dan dapat makanan yang seimbang untuk pembesaran dia...



Aktiviti2 AMALIN bersama MAK NGAH, PAK SU, ABAH DAN MAMA ALIN...

CIKMA : Dalam wad yang ALIN masuk tu..ramai anak-anak yatim..aku dah kenal beberapa budak kecil yang comel-comel..IKRAM..TINANI..AWALANA..FAIRUSS..tengok dorang memang rasa kesian..takde sapa-sapa...pelbagai cerita duka...tapi dorang bagi aku sangat menenangkan jiwa..sebab aku lihat dan berfikir sejenak..macam mana mereka di atas katil tanpa belaian mak dan ayah..terpaksa berdikari sejak kecil dan yang menjadikan bukti KEKUASAAN ALLAH SWT..mereka senang di jaga..tidur sendiri..tak pernah merengek dan sentiasa tersenyum....:)..Subhanallah..memang anak-anak yatim di beri perlindungan oleh ALLAH SWT...

4 comments:

  1. .....sebak baca perenggan akhir tu.....
    x nak bayangkan anak2 mamaijat....andai tiba masanya nanti walau mereka dah dewasa......

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamaijat : semoga mama di panjangkan umur..Insyaallah..kita semua akan di jemput Ilahi satu hari nanti mama..macam saya..memang kalau dalam tempoh terdekat ni orng2 kesayangan saya pergi meninggalkan saya..tak tergambar perasaan hiba dan sedih..tapi saya perlu juga teruskan kehidupan ni..mama..saya doakan yang terbaik untuk mama sekeluarga...aminn..

      Delete
  2. Contoh terdekat awak boleh tgk ialah adam...insyaallah alin boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak min : lupa2 nak tnya pasal adam..dulu dia macam alin jugak ekk..tak mau makan..ntahlah..kesian tgk along dan kak long..

      Delete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...