Tuesday, 19 June 2012

Amalin di HUKM

Salam dan sejahtera..satu hari yang agak penat..tapi tak lah rasa nak pengsan..aku masih bertenaga sampai ke malam..:)

AMALIN ku sayang..dah kena masuk wad balik...kali ni bukan di tempat biasa (PPUM or IJN)..tapi di HUKM...semalam ALIN di masukkan ke sana..masalah ALIN kali ni seperti biasa..dia tak mahu makan..setiap kali bagi susu..dia akan muntahkan balik..hampir setiap hari dan setiap kali itulah rasanya apa yang dia minum memang tak masuk dalam perut...

Doktor di PPUM pun dah tak tau nak buat macam mana...so, dorang suggest kan pada Along dan Kak Long untuk refer kes ni pada pihak HUKM..kat sini ada pakar kanak-kanak yang punya masalah macam ALIN...

Walaupun ALIN tak makan...tapi dia sangat aktif...kenkadang heppi tengok dia asyik main jer..tapi yelah..kita pun risau kalau-kalau dia sakit perut sebab kosong je dalam tu..dah tak tahu nak buat camne nak bagi ALIN makan..sedangkan susu yang biasa di beri pun di muntahkan balik...

Sampai bila ALIN kat HUKM..memang tak tahu..kata Kak Long maybe dalam seminggu..dorang nak tengok ALIN ni macam mana..tadi sempat ke sana lepas latihan rumah sukan..kebetulan Kak Long nak beli alat sedut gas untuk Alin..pastu prize dia mahal sikit..Cikma pun pergi ke sana sebab Kak Long kekurangan duit...time tu ALIN tengah tidur..tengok dia tidur rasa tenang jer...nasib ler meeting kat sekolah tadi..so takdelah Cikma rushing nak masuk kelas...dekat pukul 2 petang baru sampai ke sekolah..terus masuk kelas...

Apa-apa pun..doakan yang terbaik buat ALIN..kesian rasa tengok dia..entah bila dia boleh makan macam kanak-kanak lain..harap lepas dapat rawatan kat HUKM ni nanti adalah perubahannya..Insyaallah...:)


ALIN tengah tidur...syhhhh...


Sempat snap gambar ALIN semalam sebelum ke HUKM...

CIKMA : Kesian tengok dia..Kak Long cakap ALIN bosan duduk kat hospital..dia suka main...pastu suka tengok citer kartun UPIN dan IPIN..tu yang rasa nak belikan satu tablet tuk ALIN..boleh dia tengok cerita favourite dia tu...:)

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...