Sunday, 3 August 2014

Solidariti Kami....Proud To Be Malaysians....


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Syukur3...Telah ramai yang membuka mata...telah ramai yang mula sedar...telah ramai yang mula membantu dan menyokong....tidak kira agama, bangsa dan negara...Syukur Alhamdulillah...

Ye...Cikma bukan seorang muslimat yang baik...bukan seorang yang sempurna dan cukup imannya...Cikma akui  banyak buat dosa...yang Cikma sedar dan tidak...namun...rasanya semua orang tahu apa yang kita boleh buat untuk membantu saudara Islam kita di Palestin....

Cukup jelas...serangan dari Israel Laknatullah kali ini memang mahu memusnahkan 100% saudara Islam kita di sana...hampir 3 minggu lamanya...kalau di ikutkan hampir sebulan dan pada setiap hari mereka menghantar bom tanpa sebarang perikemanusian kepada saudara kita..Allahuakhbar....sebak rasa melihat kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak berdaya untuk melawan terkorban akibat sikap syaitan Israel Laknatullah....sesungguhnya penduduk di Gaza di uji begitu hebat daripada ALLAH SWT kali ini...

Peperangan kali ini terlalu sukar dan hebat.....hanya Allah Yang Maha Mengetahuk sebab dan hikmah yang terjadi...dan aku sendiri telah nampak hikmah itu apabila ramai rakyat Malaysia sekarang yang mendokong seratus peratus penduduk Palestin dengan memberikan solidariti mereka dalam pelbagai sumbangan...antaranya derma, bantuan, perhimpunan belia serta juga pesanan dan mesej yang di hantar serta di kongsi di laman sosial...dan juga tanggungjawab memboikot barangan dari Israel khususnya....Alhamdulillah...

Negera Malaysia sekali lagi merupakan antara negara yang paling memberikan sokongan dan bantuan kepada rakyat Palestine...sehinggakan ada berita dan fitnah tersebar di sana yang mengatakan negara Malaysia melatih pejuang Hamas dalam bidang ketenteraan dan gerak gempur...adakah mereka takut???gerun???dan sudah terasa kesannya sehingga menyebarkan fitnah tersebut???..Yup...aku setuju itu...mereka tiada berita mahu di ketengahkan untuk meraih simpati dunia..di bukakan cerita yang tidak masuk akal untuk meminta simpati dan prihatin serta mungkin mahu melemahkan kekuatan Negara Malaysia di mata dunia...

Orang cerita...berita juga sebarkan...kesan ekonomi kita di peringkat global apabila kita terlalu mendokong negara Palestine...ini jawapan Cikma...takut pada Allah bukan pada manusia yang di cipta oleh Pencipta kita...rezeki kita Allah SWT tentukan....kekuatan kita adalah bersatu menentang kekejaman....bukan menyokong penindasan...lemah nya kami apabila kami tidak berada hampir dengan ALLAH SWT...kuatnya kami apabila kami menyokong sesama saudara Islam serta agama kami...Inshaallah...Allah sentiasa bersama!!!


Semakin ramai yang memboikot produk keluaran Israel...dan buktinya apabila saham-saham syarikat gergasi mereka jatuh merudum...Syukur Alhamdulillah...kalau di tanya bagaimana kita memboikot...jawapannya terletak pada diri kita....pernah aku di tanya jika kita memboikot segala barangan keluaran US dan Israel...kesan ekonomi kita bagaimana...???..masa tu memang aku blurr...kurang pendedahan mengenai kekejaman Israel walaupun tahu akan keadaan di negara Palestin...tapi sekarang...Cikma akui mereka terlalu dekat di hati...tersayat rasa perasaan ni bila tengok mereka yang tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa terkorban akibat kekejaman melampau puak rejim zionis yahudi ini....dan apabila memboikot barangan mereka sekurang-kurangnya segala saluran bantuan dari segi kewangan kepada Israel Laknatullah akan sedikit sebanyak berkurangan..

Tidak perlu rasa risau...kesan itu ada tetapi bukan 2 negara itu yang banyak berurusan dengan negara kita walaupun mereka yang memegang ekonomi dunia...investment kita dengan negara lain juga banyak...kita juga boleh buka peluang pelabuaran di negara dunia ketiga...mereka juga sedang berkembang pesat dari segi ekonomi dan sosio budaya...buka peluang kepada negara yang belum pernah melabur di negara kita...InshaAllah ada jalannya...dan yang pasti bagaiamana keadaan kita sekalipun...jangan pernah putus asa menyokong rakyat negara Palestine....Allahuakhbar!!!!!

CIKMA : Mencari mafla dan t-shirt negara Palestine...sumbangan yang kecil...tetapi besar ganjarannya nanti di sana...Inshaallah....:)

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...