IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Khamis, 14 Ogos 2014

Ikan Tauhu Stim/Kukus



Favourite Cikma!!! Kalau nak lauk bagi orang diet....lauk ni memang sesuai....okeh!!!..memang suka sebab tak perlukan minyak dan sihat!!!...dah lama naa tak buat...buat ikan kukus ni pun masa cuti sekolah hari tu...

Simple mimple nye masak...sangat mudah dan ringkas...Cikma suka buat stim ikan ni guna ikan tauhu...ikan lain pun boleh...kalau nak sedap ikan siakap sangat best!!!...dulu tak reti buat..tapi bila kak ipar aka kak long ajar...memang sangat senang dowhhh!!!...

Layan resipinye ekk...:)

Bahan-bahan :

1 ekor ikan tauhu ( ikan apa2 pun boleh)
4 biji bawang merah (di hiris)
3 biji bawang putih (di hiris)
1 inci halia (di hiris)
2 batang serai (di titik)
1 biji bawang besar
5-6 biji limau kasturi (ambil perahan air)
5-7 batang cili padi saiz sederhana (potong tengah - nak lebih pun tak apa)
sedikit kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit sos perasa/stok ayam
sayur-sayuran (lobak, kobis bunga, tomato, etc)
sedikit garam
daun ketumbar/daun sup

Cara-cara :

1) Lumur ikan dengan garam
2) Masukkan semua bahan hirisan dan semua bahan yang lain kecuali sayur-sayuran dan bawang besar
3) Kukus ikan dalam 20 minit
4) Apabila hampir masak masukkan sayur-sayuran (tak nak terlalu layu) dan bawang besar
5) Hiaskan dengan daun sup/daun ketumbar...SELAMAT MENCUBA



CIKMA : Layan resepi ye 2,3 hari ni...tunggu turn yang lain...hehehe....:)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails