Tuesday, 3 July 2012

Nak jugak bagi komen - Final EURO 2012..

Ok..ok..walaupun dah lepas..aku nak jugak bagi komentar ekk..walaupun tak tengok..tapi aku nak jugak memberi sedikit kata-kata semangat bagi team yang kalah...kekeke..kengkonon pengulas sukan..tapi bukan yang bertauliah ekk..:)

Sebelum ni..memang Cikma tak layan sangat EURO 2012..rasanya adalah satu match yang aku tengok..itupun yang first perlawanan (pembukaan)..pastu..aku buat tak tau jer..selalu kalau tak tengok live..aku akan tengok highlights..tapi biasaklah..rumah sewa Cikma takde Astro..so, tengok gitu-gitu ajelah..

Walaupun begitu, sebagai peminat tegar bola sepak..nak tak nak kena ambil tahu juga..kebetulan aku balik ke Diamond Bay..kalau ikut hati nak tengok final EURO..tapi di sebabkan pagi itu aku terpaksa menempuh perjalanan yang agak lama..(balik KL)..so ABAH bagitau tak yah lah berjaga...tidur jer..takut jugak karang tak sampai ke SKPI..hehe..

Tu yang bangun jer pagi soalan pertama yang aku tanya pada ABAH.."Bah, sape menang pagi tadi bah??"..takde tanya dan pikir benda lain dah..pikir result EURO jer..kekeke..."Sepanyol menang"...heh..macam dah agak jawapan nya..aku pun tak predict apa-apa dalam final EURO..cuma jangkaan aku ITALI hanya gah di semi-final tu memang dah jangka..final main macam budak tadika...

4-0 Spain bantai Azzuri..huh..ingat penalti atau sekurang-kurangnya 1-0..tapi kalau dah sampai 4 di bagi...rasanya ramai peminat/penyokong Azzuri sakit hati kan..ABAH yang tengok match tu memang cakap team ITALI tak main macam sebelum ni..ataupun jugak dorang dah rasa letih sebab berhabisan main time semi-final menentang Jerman..Cikma pun sebelum ni terkejut sebab dorang boleh kalahkan pasukan Jerman yang dianggap pasukan favourite..tapi yelah adat pertandingan ada kalah ada menang..lepas tu jugak nasib dan tuah pun kena ada gak sebagai salah satu faktor nak menang...

Lagipun, kebanyakan ahli team Itali boleh dikatakan dah berumur..so, kemungkinan tenaga dan faktor usia juga mempengaruhi dorang..team Spain bagi aku spirit dorang nak menang sangat kuat..faktor untuk mengekalkan kejuaraan yang dorang menangi 4 tahun lalu serta bekas juara Piala Dunia 2010 memungkinkan dorang mahu diiktiraf sebagai pasukan bola sepak paling konsisten di dunia dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ni...

Apa-apa pun..tahniah team SPAIN..untuk team ITALI..korang antara pasukan terkuat..cuba ler lagi 4 tahun akan datang di Perancis..tak perlu risau sebab team-team Eropah ni sentiasa ada pemain berbakat...



CIKMA : Pemain favourite aku pakcik Torres dapat jaringkan gol time final tu..kekeke..suka2..apa-apa pun..aku tetap sokong HARIMAU MALAYA...:)

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...