IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Jumaat, 27 April 2012

Amalin selamat di bedah



Alhamdulillah...hampir pukul 4 petang semalam AMALIN selamat menjalani pembedahan...syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT..kerisauan Cikma sepanjang hari semalam telah pun berlalu..memang sangat stress...bila fikirkan keadaan AMALIN...dengan keadaan kesihatan Cikma yang secara tiba-tiba tak menentu..di tambah dengan beberapa perkara yang membuatkan aku beristighfar banyak-banyak..yup..bukan senang nak menghadapi situasi yang agak tertekan dengan segala macam perkara yang mengganggu emosi dan mental...namun Alhamdulillah...hari ni..Cikma semakin baik..

Hari ni belum berkesempatan menelefon ALONG untuk bertanyakan keadaan AMALIN..yang pasti..Cikma sangat gembira..semalam call ALONG..AMALIN masih belum sedarkan diri...terima kasih di ucapkan kepada semua doktor pakar yang bertungkus lumus hampir 9 jam..walaupun  keadaan AMALIN  yang banyak kompilasi..tetapi berkat doa dan pertolongan daripada ALLAH SWT..mereka dapat melaksanakan pembedahan itu dengan selamat...

Cikma masih belum berkesempatan ke IJN..rasanya mungkin bila AMALIN ok dan di beri kebenaran melawat oleh pihak IJN..barulah Cikma akan ke sana..buat masa ni perkembangan AMALIN hanya di beritahu oleh ALONG melalui phone...


CIKMA : Sabar, tabah hadapi dugaan..semoga AMALIN mempunyai hati yang tabah dan sabar dalam menghadapi segala dugaan dan ujian daripada -NYA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails