Thursday 16 February 2012

Saya Yang Gigih

Saya yang gigih...
Untuk menjadi seorang pendidik yang tidak mahu mengeluh dengan kerja yang bertimbun
Bersengkang mata untuk menyiapkan segala tugasan yang diberikan
Memberikan sepenuh komitmen
Serta tenaga yang cukup untuk menampung bebanan yang di serahkan

Saya yang gigih...
Membantu anak-anak didik menjadi insan yang berguna
Kepada bangsa dan negara
Memberikan segala ilmu di dada
Tanpa mengira warna kulit, budaya dan agama

Saya yang gigih...
Mengerah segala kudrat, akal fikiran dan emosi
Untuk menjadikan anak-anak didik menerima dan memahami
Segala pembelajaran yang di pelajari
Supaya menjadi pemangkin diri di kemudian hari

Saya yang gigih
Memekakkan telinga mendengar keluh kesah manusia yang tidak mengerti
Memendam rasa jika manusia di luar sana hanya tahu mengadu itu dan ini
Merelakan segala apa yang di hina dan di caci
Kerana sesungguhnya manusia yang bernama GURU itu lebih tinggi nilainya daripada permata agung yang belum di canai.....


NUKILAN RASA @Cikma 2012


CIKMA : Agak-agak nya lah..Cikma ni boleh jadi penyajak ker???haha....layan.....

2 comments:

  1. ....Cik Ma lupa....& tertinggal....

    saya yang gigih ketuk key board masukkan maklumat anak2 didikku...
    masukkan markah mereka....
    biar kelabu mata..
    berasap kepala...
    namun ku gagahi jua...

    ha ha ha ha.....

    ReplyDelete
  2. mamaijat : boleh di terima tu mama..hehe

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...