IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Ahad, 26 Februari 2012

DUGAAN DAN UJIAN

Rasa belum terlambat untuk Cikma luahkan rasa hati yang terbuku...Salam dan sejahtera...Alhamdulillah..semakin baik dan tenang..namun adakala Cikma rasa sangat risau...apa yang Cikma buat seharian akan di murkai oleh ALLAH SWT..tapi Cikma yakin...ALLAH sentiasa berada disamping Cikma...susah atau senang..sedih atau gembira...

Untuk kesekian kalinya..perasaan sangat bersalah dan berdosa yang amat sangat pada Pencipta Sekalian Alam ini..cukup menggerunkan aku dan mungkin sesiapa sahaja diluar sana...kengkadang adakah aku ini layak untuk meminta pertolongan daripada NYA sedangkan aku selalu lupa, leka dan alpa dalam menjalankan amanah dan suruhanNYA..adakah aku cukup layak berada di sampingNYA apabila di hari perhitungan akhir itu menyusul tiba..layak kah aku mendapat rezeki yang melimpah-ruah sedangkan aku seperti tidak bersyukur malah riak dan bangga dengan apa yang aku miliki...YA ALLAH..sungguh lemah dan kecil nya hamba MU ni untuk meminta daripada MU....

Ya...ALLAH SWT menguji aku untuk sekali lagi...cukup bagiku mengerti betapa berkuasanya ALLAH SWT kepada umat manusia..dugaan dan ujian yang datang bertimpa-timpa...sedangkan aku cukup memahami beberapa perkara yang aku lalui sebelum ini adalah petanda kemurkaan ALLAH SWT kepadaku...terasa nya Cikma sejak akhir tahun lalu...ada sahaja perkara yang tidak kena..namun aku masih menganggap ianya berlaku secara kebetulan...kerana masalah-masalah itu dapat di selesaikan...

Namun..detik yang lebih mencabar berlaku sekali lagi...hanya selang seminggu kenderaan peribadi Cikma secara tiba-tiba mengalami kerosakan...tak pernah terjadi selama ini...stereng kerata tiba-tiba tidak berpusing...nasib aku baik kerana perkara tersebut tidak berlaku di jalan raya ataupun sedang memandu laju..2,3 kedai Cikma bawak untuk diperbaiki..dan akhirnya aku ambil keputusan untuk hantar terus ke Proton Service...memang habis duit yang Cikma simpan waktu tu...dekat RM 1200++..waktu tu memang aku tak berapa nak kisah sangat..mungkin jugak dalam hati...kereta dah berusia ni pasti akan alami beberapa kerosakan....

Dalam tempoh seminggu..sekali lagi Cikma di duga...kali ini cermin belakang kereta pecah tiba-tiba...aku tak nak pikir apa-apa yang buruk masa tu...orang nak pecah masuk ke atau ada orang terjatuhkan sesuatu barang yang berat ke bawah dan terkena cermin kereta (Cikma pindah awal tahun ke apartment...parking kereta adalah di sekeliling apartment)..jadi...kebarangkalian benda jatuh tu mesti ada...hancur terus cermin kereta..waktu malam masa tu..semasa aku nak pergi tuisyen..tak perasan kerana keadaan keliling gelap..tutup pintu macam ada kaca jatuh..alih-alih.....

Cuma Cikma perasan..malam kejadian tu aku tak ada alami perasaan tertekan (selalunya kalau ada masalah besar Cikma mula stress dan akhirnya menangis)...aku sangat tenang...kuat dan menandaikan kejadian itu seperti satu benda yang kecil berlaku....memang Cikma tak boleh nak cakap apa-apa waktu tu..yang terlintas...ye...ALLAH SWT sedang uji aku...duga aku...aku redha...perkataan itu aku sebut beberapa kali pada rakan-rakan yang datang pada malam tu...sungguh!!!cuma Cikma bercucuran jugak air mata ni bila aku menelefon ABAH untuk beritahu perkara yang berlaku...kata ABAH yang masih terngiang di telinga "Sejak sekolah sampai sekarang...angah tak habis-habis di uji dengan masalah..."...masa tu memang air mata menitik..yup..bila di kenang balik...aku memang selau di uji...sejak belajar hingga kerja...dan aku tahu setiap yang di uji itu berlaku tatkala aku telah melakukan sesuatu yang membuat kan ALLAH SWT murka padaku..dosa yang aku buat..dan balasan yang di berikan oleh NYA kepada ku.....

Aku melalui detik yang menyukarkan..namun aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi..ikhlas dan jujur aku katakan..aku jarang membaca AL-QURAN sejak akhir-akhir ni..aku jarang berpuasa sunat dan amalan-amalann sunat yang biasa aku lakukan...kenkadang aku terlajak waktu solat...dan mungkin itu lah balasan dan petanda yang ALLAH SWT beri padaku..MAHA SUCI ALLAH...ampunkan dosa hamba MU yang lemah ini.....

Aku cuba untuk perbaiki diri...doa aku setiap hari agar aku sentiasa dilindungi..dikuatkan iman serta dapat berubah sedikit demi sedikit...entri aku ini bukan untuk membuka pekung diri aku sendiri..tapi sebagai peringatan pada aku dan juga orang di luar sana...semoga kita sentiasa dipermudahkan segala urusan dan semoga kita sentiasa mengingatiNYA...ALLAH MAHA BESAR....




Alhamdulillah..setelah diperbaiki..ada claim insurans cermin...lega sikit hati...

CIKMA : Petang sebelum kejadian cermin kereta pecah..waktu habis solat Maghrib..aku berdoa bersungguh-sungguh...supaya aku di berikan kekuatan hati dan semangat dalam menempuh ujian yang diberikan oleh NYA...dan aku meminta semoga ALLAH SWT sentiasa berada di sisi aku...dan ALLAH SWT mendengar permintaan ku...sungguh aku tidak pernah setenang itu apabila menghadapi suatu ujian...MAHA SUCI ALLAH....

JIHAD YANG PALING BESAR BAGI ORANG BERIMAN...JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU...dan aku berdoa untuk itu....melawan hawa nafsu daripada melakukan perbuatan yang mungkar......

4 ulasan:

  1. .....Cik Ma.....
    laluilah hujan panas..ribut petir dan segala dugaan itu.....
    Ingatlah,insyaallah..Allah nak memberi pelangi indah buat mu.....
    The key word is REDHA.....
    dan bersyukurlah kita antara kesayanganNYA untuk menghadapi ujian2 tersebut....
    Tahniah kerana,cik ma kuat!!!!!

    BalasPadam
  2. peliknya. kete aku pun wat hal. kena sampai 440. kete ko dah berapa tahun?

    BalasPadam
  3. Mamaijat : thanks mama...doakan saya sentiasa di beri kekuatan sprt mana mama juga...luv mama...

    BalasPadam
  4. aza : cukup 4 thn 26 Feb aritu..biasalah kereta kan..aku mula2 tension gak..tp...pikir blk kereta aku ni bnyk jasanya pd aku selama ni...redha aje lah

    BalasPadam

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails