Sunday, 23 June 2013

Tema drama hari ini...

Salam dan sejahtera...wallawey tajuk agak serius lah gamaknya..hehe..takdelah sangat..cuma sekarang tengah hot tu yang letak dalam entri ni..

Kali ni Cikma nak share dan juga memberi sedikit komen positif plus negatif...jangan terasa hati pulak ye..terutama kepada penerbit-penerbit drama di luar sana..Cikma bukan jenis suka nak komen drama apa yang di tayangkan..cuma kalau membuat kan Cikma terkesan tengok drama..baru aku anggap naskah mereka itu terbaik...

Sekarang kebanyakan penerbit drama mula menghasilkan genre drama berdasarkan novel-novel yang di keluarkan oleh syarikat terbitan buku...dan selalu nya drama tersebut akan di tunggu-tunggu oleh peminat setia novel sama ada karya tersebut sama hebat dengan karya novel yang di terbitkan ataupun tidak..

Antara yang masih di tayangkan sekarang di kaca televisyen iaitu TEDUHAN KASIH, SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA, dan yang terbaru SELAMAT MALAM KEKASIH..salah satu daripada 3 cerita ni Cikma dah baca novelnya..iaitu TEDUHAN KASIH..penulis Marissa..terbitan KaryaSeni..memang lah lain daripada novel..dah namanya pun adaptasi..ada dialog nya sama berserta scene yang di lakukan..namun penebit, penulis skrip dan pengarah akan mengolah bentuk cerita novel tersebut sesuai dengan jalan cerita dan tontonan umum..

Sedia maklum kalau novel..cerita lebih meleret kerana plot penulisan yang selalunya menggambarkan perasaan dalaman si pembawa watak utama..tapi kalau dalam drama...inner feelings itu tidak di olah secara detail sebab tidak mahu penonton rasa bosan dengan plot yang lembab..betui tak..

Selalunya plot cerita akan lebih pantas dan cepat untuk menarik minat penonton menonton cerita tersebut hingga ke akhir episod..dan kerana itu ada juga tambahan scene yang tidak ada di dalam novel di tayangkan di dalam plot cerita..untuk menampung beberapa babak yang tidak di letakkan di dalam novel..

Ada juga beberapa babak yang tercipta di dalam novel tidak akan ada di dalam drama..especially yang membabitkan watak intim pasangan utama dalam sesebuah karya tersebut..walaupun pada dasar dan hakikat nya pembaca-pembaca tegar novel mengharapkan agar babak itu ada..hehe (termasuklah Cikma..biasalah perempuan kan..cepat beremosi)...selain itu..untuk menarik minat penonton..watak-watak dalam novel di kembangkan untuk menambat hati dan emosi penonton hingga ada ketikanya watak yang di tonjolkan terlampau over..

Tapi itulah hakikatnya..tidak semua boleh memuaskan hati kita sebagai penonton dan juga pembaca novel..Cikma pun bukan lah seorang pengkritik..tetapi sebagai penonton yang ada ketika nya berpuas hati dan adakalanya kecewa..rasanya tu belum dengan penulis novel dan maybe jugak penulis skrip drama..ada terms dan condition yang mereka kena ikuti..well depends pada kita sebagai pemerhati...tepuk dada...tanya selera anda...


CIKMA : Menunggu adaptasi novel yang lain...emm..

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...