Thursday, 20 June 2013

Jalan-jalan cuti sekolah - Padang Besar, Perlis Indera Kayangan

Entri tanpa masak untuk kali pertama..yaa...betul...cerita lama pada cuti sekolah..kerana cerita ni jugak boleh di katakan ad hoc holiday..yakni cuti secara tergesa-gesa dan tiba-tiba..tanpa perancangan jangka panjang..gara-gara MAK...

Hampir pukul 11.00 malam baru bagitau nak pergi Padang Besar..hambik...dengan nak cari homestay nya apa...lepas tu pergi sana tanpa arah tujuan nya..nasib ler MAK cakap pergi Padang Besar jer..pastu pulak ABAH mula-mula macam tak nak ikut..alih2 setuju gak...katanya tak pernah sampai..akhirnya aku terus google lah homestay yang berdekatan dengan tempat tujuan...yang sesuai dengan keselesaan ABAH dan harga berpatutan..akhirnya aku pilih satu homestay di Kangar...iaitu Homestay Sri Lanchang..kalau dari sini aku tengok perjalanan ke Padang Besar lebih kurang 1/2 jam..ok lah kan...:)

Telefon pengusaha homestay tu..Alhamdulillah..ada kosong..rezeki MAK dan ABAH..bukan apa cuti sekolah kan takut lah ramai yang dah booked awal2..harga sangat berpatutan..semalam dalam RM 160..ok nokk...siap ada air-cond lagi..dan tepi sawah!!tu yang sangat best..

Sampai Kangar...malam tu kami round2 sekitar Perlis..sampai gak ler ke Kuala Perlis..tak singgah sebab malam sangat dan keadaan ABAH yang tak berapa sihat..nak jugak ler pekena laksa Kuala Perlis..huhu..

Esoknya baru ke Padang Besar..awal sampai belum pukul 10.00 pagi pun...orang pun tak bukak kedai..gigih kan kami..bukan apa..senang nak cari parking yang dekat..boleh ABAH nak keluar dan tengok2 tempat tu kan..hehe..lewat petang nya pula baru kami pulang ke Diamond Bay..sampai malam jugak lah..

Itulah percutian singkat Cikma dan famili waktu cuti 2 minggu tu...tak ke mana pun..puas dah bercuti time bulan 3 hari tu ke Vietnam..cuti ni hanya duduk rumah..hujung tahun..tiada perancangan gak..tapi MAK dah mintak nak ke Sarawak....adeh!!!tak terpikir lah pulak nak pergi tahun ni..dulu Cikma beria nak ke sana MAK pulak buat tak tau..sekarang nak pulak...hehe..tengoklah keadaan, masa, kesihatan dan rezeki ekk..kalau di permudahkan...In Shaa Allah..:)




Homestay Sri Lanchang...memang ok dan best!!




Bergambar sebelum balik...hehe


Pulut mangga dengan durian..peh!!!memang akan makan dessert ni kalau pergi ke Padang Besar...hehe

CIKMA : Maybe akan ke sana (Padang Besar) semula pada bulan September nanti..hohoho...dah rasa macam orang Utara lah plak..

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...