IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Ahad, 23 Jun 2013

JEREBU..ujian kita

Salam dan sejahtera...

Jerebu datang kembali..emm kalau dalam minggu ni kita lebih tertumpu pada cerita di selatan tanahair..tapi sekarang ni hampir sebahagian kawasan tengah pantao barat Semenanjung Malaysia mengalami keadaan jerebu yang agak kurang baik

Tengahari tadi Perdana Menteri kita telah mengishtiharkan darurat di dua daerah di negeri Johor iaitu MUAR dan LEDANG kerana IPU telah mencatat rekod 750 dengam keadaan amat merbahaya kepada penduduk sekitar dua
daerah tersebut..kiranya di kali kedua kerajaan membuat pemgishtiharan dararut tentang kejadian jerebu ni..sebelum tu Cikma ingat tahun 1997 iaitu di Sarawak..dengan IPU paling tinggi di rekodkan iaitu 860++....

Kat kawasan sekitar KL ni pun dah melebihi keadaan kurang sihat..IPU 100 kan..hari ni yang nampak ketara sangat..malam semalam Cikma dah perasaan macam haze ni makin teruk..bayangkan kalau malam kat umah Cikma ni boleh nampak sinaran lampu yang lip lap lip lap dari Genting..tapi malam tadi langsung tak nampak..alih2 pagi tadi bangun..memang sah ler jerebu dah teruk..

Kepada semua penduduk di sekitar yang terjejas..pastikan anda berada dalam keadaan yang baik dan mengikut segala peraturan yang di keluarkan oleh pihak yang berkuasa..yang lain jugak pastikan kita menjaga kesihatan dengan kurangkan berada di luar rumah dan banyakkan minum air masak..ini adalah sedikit
ujian kecil daripada ALLAH SWT..jangan cepat melatah dan sentiasa berdoa agar keadaan pulih seperti biasa..




CIKMA : Menunggu dan terus berdoa agar rahmat dan rezeki dari langit akan turun dengan IZIN NYA..rindu betul pada titisan air hujan ni..:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails