Thursday 13 June 2013

Puding karamel cream cracker


Hehehe...entri resepi lagi kan..tulah..Cikma dah cakap...cuti sekolah hari tu tangan ni sangatlah rajin memasak...ntah tak tahu kenapa..mungkin jugak sebelum ni tak de kesempatan nak masak dan lagi satu tekak ni teringin sangat nak makan dessert dan kek..so...kita ikutkan jer...

Kali ni resepi daripada kawan semaktab dulu...share di facebook..nampak sedap...so mintak lah izin daripada dia nak buat puding ni...emm...boleh tahan...lebih lembut berbanding puding karamel roti lapis coklat...senang sangat buatnya..

Bahan-bahan :

Bahan karamel :
3 sudu besar gula (Cikma buat lebih sikit)
- cairkan gula dalam loyang...ratakan pada permukaan loyang..kemudian ketepikan...

15 keping biskut cream cracker (pecah-pecahkan jer dengan tangan)
1 tin susu cair
1 tin air masak
5 biji telur
3/4 atau 1/2 cawan gula (terpulang nak manis ke tak)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar susu pekat
2 sudu tepung jagung (kalau tak nak letak gantikan dengan 2 keping roti gardenia)

Cara-cara :

1) Pukul gula dan telur hingga hancur gula tersebut.
2) Masukkan susu cair, air, tepung jagung dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati (tapi jangan sampai berbuih sangat yee)
3) Masukkan cream cracker (roti gardenia) pada adunan tadi dan kacau sebati.
4) Masukkan adunan pada bahan karamel yang kita masak sebelum ni.
5) Kukus adunan selama 40 minit.
6) Sejukkan sebelum di terbalikkan...SELAMAT MENCUBA..

P/S : Seperti biasa kukus tu tutup sikit dengan kain supaya wap air nya tak kena pada adunan...




CIKMA : Resepi lagi lepas ni...hehe....layan jelah...

1 comment:

  1. Mm mm saya suka resepi berasaskan puding....suka buat tapi tak berapa suka makan...heheheheh kena kontrol gula dalam badan...
    Saya mohon share resepi awak ya

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...