IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Selasa, 11 Jun 2013

Puding Karamel Roti Lapis Coklat

Salam dan sejahtera...

Dah masuk balik sekolah weii...hari pertama sekolah selepas 2 minggu cuti adalah sangat penat...huhu..memang nak rest sangat-sangat..:)...

Percubaan pertama...memang cuti sekolah di manfaatkan sepenuhnya membuat pelbagai jenis dessert okay...takde pergi berjalan ke mana-mana..jadinya masa cuti di isi dengan aktiviti memasak dan memasak!!!

Puding Karamel Roti Lapis Coklat...ambil resepi seperti biasa di MY RESEPI..ok boleh tahan...cuma agak keras sikit..mungkin sebab pakai roti kan...tak macam puding karamel yang biasa tu..tapi memang sedaplah..ada rasa koko gitu..

So, layankan resepi nya..terima kasih kepada yang sudi kongsi resepi ni kat website MY RESEPI...


Bahan-bahan :

3 sudu besar gula (untuk buat karamel)...kalau nak banyak..tambah gula..
3 biji telur (gred A)
7 keping roti gardenia (jenis roti apa2 pun boleh)
1 tin susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar tepung jagung (x payah letak pun tak apa)

Cara-cara :

1) Masak gula untuk buat karamel..Masak terus dalam bekas..Pastikan semua permukaan bekas/loyang tu kena dengan gula karamel tu..Kemudian sejukkan
2) Panaskan kukus terlebih dahulu.
3) Blend kan susu cair, roti dan susu pekat.
4) Masukkan pula telur dan esen vanilla. Blend sampai sebati.
5) Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Cikma ambil 2 cawan untuk adunan serbuk koko.
6) Masakkan dahulu adunan serbuk koko tadi. Pastikan adunan tu di kacau sebati. Kalau nak cantik tapis adunan terlebih dahulu. Masak dalam 15 minit.
7) Masukkan pula adunan putih tadi di atas adunan koko yang telah di kukus. Macam biasa kalau nak cantik adunan tapis terlebih dahulu. Masak lebih kurang 30 minit.
8) Sejukkan sebelum di terbalikkan. SELAMAT MENCUBA....

P/S : Bagi Cikma tak payah masukkan tepung jagung tu sebab adunan dah cukup keras...puding ni tak lembut ok macam puduing karamel biasa..agak keras sikit...tu sebab tak perlu dah letak tepung jagung...

CIKMA : Banyak lagi ni nak di kongsi...tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu......:)


1 ulasan:

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails