Semalam yang stress!!!haish...rasa jantung macam nak tercabut keluar..sesak nafas sekejap..tak pernah rasa sangat stress, sebab tahan marah yang amat sangat..
Bukan sebab stress kerja u'lls...kerja takde kaitan pun..kerja sebagai guru memang tak pernah habis..di tambah dengan sana sini orang duk sibuk cakap tu cakap ni..well...sekarang bukan masa nak dengar cakap orang...yang penting kerja kita settle..kalau nak dengar cakap dan pendapat orang..walhal takde pun boleh menyelesaikan kerja tu..baik tak payah..biar kita yang settle sendiri lagi senang kan..ni stress sebab apa yang budak-budak Cikma buat... rasa apa yang aku buat selama ni untuk dorang umpama angin lalu jer..huhu
Sedih dan kecewa..sampai Cikma boleh menitik sekejap air mata ni di sebabkan sikap anak-anak didik sekarang..entahlah..Cikma sendiri tak tahu konsep pengajaran dan pembelajaran macam mana yang boleh ubah mereka menjadi insan yang cemerlang..duniawi dan ukhrawi...bukan tiada peningkatan..tapi sangatlah sikit..kalau minggu ni kita marah bagai nak rak..esok comfirm jadi budak baik..siap semua bagai kerja sekolah..next week bila kita cool balik...dorang buat lagi perangai yang lama..tak siap lah..lupa bawak buku lah..macam-macam alasan...
Dah macam-macam cara..perangai masih macam tu jugak..bila tanya diam..senyap..tak nak beritahu apa yang berlaku..memang geram..ada pulak tu menjawab balik..memang kita nak tahu apa alasan..tapi bila intonasi jawab macam kita ni kawan-kawan dia..Ya Allah...rasa menyirap jer darah ni..memang buat sakit hati..buat muka takde rasa bersalah...memang sangat stress..
Nak salahkan diri sendiri..entahlah..didik lah macam mana pun..tapi terasa macam di khianati balik..yup..memang di akui mereka masih kecil..tidak tahu susah payah nya kita nak didik mereka..yang dorang tahu pergi sekolah belajar biasa-biasa..main luar biasa...kita marah anggap kita SINGA...tapi bila kita berlembut..dia pijak kepala pulak..aduhai..sedih sangat..sampai tertanya-tanya pada diri aku..tak berkat ker ilmu yang aku bagi pada dorang sampai mereka buat macam ni..atau kita ni yang tak reti nak mengajar mereka ker...entahlah..
Mungkin jugak Cikma terlalu mengharap pada mereka..yup..terlalu high expectations..Cikma memang target tahun ni mereka akan dapat sekurang-kurang nya B untuk subjek Bahasa Malaysia pada akhir tahun..that means..dua-dua paper untuk BM mereka akan dapat B..bukan C atau gagal..sebab Cikma mengajar 2 kelas teratas dalam aliran (kelas 3 dan 4)..so, memang kita mahu dorang berada dalam level yang sesuai dengan kelas mereka sekarang..alih-alih..bila tengok perangai dorang macam ni..mampu ke Cikma nak ubah dan tingkatkan peratusan yang baik itu????
Cikma selalu pesan pada mereka...mereka adalah batch terakhir untuk menghadapi peperiksaan UPSR lagi 2 tahun dari sekarang..aku memang selalu cakap..buktikan yang batch terakhir UPSR ni nanti akan buat yang terbaik untuk sekolah dan famili..juga untuk diri sendiri..buktikan dorang boleh..Cikma sendiri sanggup volunteer untuk mengajar dan ikut mereka hingga ke tahun 6...tapi kalau sikap mereka buat acuh tak acuh..kita ajer yang semangat bagai nak rak..memang takde guna lah..cakap jer nak jugak aku ajar sampai darjah 6, tapi kalau sikap tak berubah macam mana..aku jugak nanti yang berubah..dari sihat terus dapat darah tinggi..asyik nak marah jer...huhu..
Itu sebab Cikma sangat stress dan kecewa..mungkin target itu terlalu tinggi untuk Cikma capai ataupun adakah sikap mereka itu takkan berubah sampai bila-bila..sedih sangat sedih..kengkadang ada terpikir macam ni..ala anak orang..bukan anak aku..lantaklah nak jadi orang ke apa..yup..memang terfikir..tapi aku sendiri tak sampai hati tengok dorang dan abaikan mereka macam tu..sebab hampir sebahagian daripada mereka daripada famili yang sederhana..kalau bukan guru yang mendidik mereka menjadi insan yang cemerlang..siapa lagi kan..takkan nak mengharapkan 100% keluarga mereka..guru juga antara teraju utama yang membolehkan mereka berjaya di masa hadapan..tapi kalau mereka sendiri tak nak berubah....aku just berserah sahaja pada Yang Maha Esa...
Harapan seorang guru..yup memang mahu anak didik berjaya..begitu juga dengan aku sendiri..entah kenapa tahun ni Cikma terlalu emosi dengan anak-anak didik..mungkin sebab mereka dekat sangat dengan aku..bayangkan Cikma kenal mereka dari tahun 1..kecil molek lagi masa tu...ada yang masih lagi terkial-kial mengeja dan membaca time tu..sekarang mereka dah tahun 4..bayangkan hampir 3/4 daripada 200++ murid dalam aliran tahun 4 pernah Cikma ajar...tahun 2 sahaja aku tak mengajar mereka..so, aku sangat kenal dan rapat dengan mereka..hingga ada budak-budak ni masih ingat aku mengajar mereka dari tahun 1...itu sebab Cikma menaruh harapan yang tinggi kepada mereka..tapi bila jadi macam ni..terasa kita ni sakit macam jatuh dari bangunan yang tinggi..hancur sangat hati ni..
Apa-apa pun..Cikma masih lagi bersemangat sebenarnya mengajar mereka..mungkin emosi tak stabil kot sejak dua menjak ni..tu sebab jadi stress....Cikma maish lagi mencari konsep pengajaran yang sesuai untuk mereka..cuba untuk mengubah teknik pengajaran dan pembelajaran..harap lepas ni ada perubahan kepada mereka..IN SHAA ALLAH...
CIKMA : Bukan mudah menjadi seorang pendidik...:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Still dalam mood raya haji....nak kte cam raya pose mybe x lah...slalu time raya pose lagi sronok kot sbb jmpe kengkawn lame n sedara mara.....
No comments:
Post a Comment