Bertolak tepat pukul 2.45 petang waktu Malaysia..Alhamdulillah..perasaan naik kapal terbang hanya orang yang pernah naik kapal terbang jer tahu..best dan dalam masa sama gayat gak!!!.aku menaiki penerbangan MAS..ok per..nak kata selesa..boleh lah..kelas ekonomi jer..tapi ada makan!!!haha..siap makan roti boom dan kari ikan..sedap gak!!dan sepanjang perjalanan mata tak nak tutup pun..asyik dok pandang luar jer..memang cantik betul pemandangan di atas angkasa dan di bawah kapal terbang..hehe..syok!!!
Penerbangan mengambil masa 1 jam 30 minit..maknanya kami akan sampai dalam pukul 4.15 petang waktu Malaysia..tapi di sebabkan Vietnam ni lewat satu jam..makanya kami sampai dalam 3.15 petang..Selamat datang ke Ho Chi Minh atau Chao Mung Ban Den Voi Ho Chi Minh...kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat..besar gak airport nyer..
Kami terus ke hotel penginapan menaiki bas..tourist guide kami iaitu Romeo dah tunggu di luar airport..sepanjang perjalanan ke hotel lebih kurang 30 minit daripada lapangan terbang aku sempat lihat suasana dan keadaan bandar Ho Chi Minh..yup..bekas negara komunis..bandar yang bagi aku sibuk..banyak betul motosikal yang lalu lalang..kereta..emm..memang tak banyak..yang pasti..mereka ni aku rasa main redah jer bawak kenderaan..macam takde peraturan..main langgar je..dan aku rasa dorang ni memang jenis berani mati lah..memang si Romeo tu bagitau hampir setiap hari ada jer kemalangan dan kematian di sebabkan kemalangan jalan raya..boleh di katakan hampir 300 kemalangan maut setiap hari...so bayangkan berapa ribu orang yang mati dalam setahun..erkk...banyak tu..
Sampai di hotel lebih kurang pukul 5.00 petang waktu di Ho Chi Minh...kami menginap di Hotel Hoang Hai Long 2..rest sekejap dan solat..sempat jugak telefon mak lepas sampai...dapat wifi free dari hotel so, aku just viber jer...save sikit...:)
Oh ye waktu solat sana lain sikit..lebih kurang negeri Sabah dan Sarawak..Subuh dalam 4.30 pagi, Zohor dalam 12.00 tengahari, Asar 3.30 petang, Maghrib 6.10 petang dan Isyak 7.15 malam..
Lebih kurang pukul 6 petang (7.00 malam waktu Malaysia)..kami di bawa makan ke sebuah restoran halal di bandar Ho Chi Minh..lebih kurang 20 minit dari hotel..nama restoran tu Banana Leaf..not bad lah makanan nya..pedas gak..boleh lah aku terima..
Lepas jer makan, time untuk shopping..hehe...yang ni best ler kan..kami sempat ler berjalan di sekitar kedai-kedai kain berhampiran hotel dan juga ada pasar malam..tempat ni pun dah banyak pilihan..memang hampir setiap malam kami ke pasar ni..boleh tahan murah..kali pertama jejak ke pasar dan kedai-kedainya..memang Cikma terkejut sebab boleh di katakan para peniaga nya boleh berbahasa Melayu..so, takdelah kita cakap macam ayam dan itik..hehe
Cuma malam tu tak sempat nak jalan lama-lama sebab Cikma kena serangan sakit perut aka cirit birit..memang sakit tak terkata perut ni.tak tahulah sebab apa..maybe perut ni terkejut kot...almaklumlah makan makanan yang di luar Malaysia..dan mungkin terlalu pedas kot..ntahler..ada rakan sejawat bagitau air dorang tak berapa bersih..so...tak tahu yang mana satu..cousins hari pertama datang sini dah siap membeli bagai..aku memang tak sempat..berlari balik ke hotel..kesian kan...hehe..
So, ini catatan pertama untuk hari pertama di bandar Ho Chi Minh..esok continue hari ke-2 pulak..ok..:)
CIKMA : Tourist guide kami sangat ramah..fasih gak berbahasa Melayu..siap nyanyi lagu Anak Kampung lagi..hehe
Slm.. Boleh tahu tak contact no tourist guide awak di sana tu? Brp rate dia ya? eza9977@gmail.com
ReplyDeletewsalam
Deletesorry lmbt reply
lama x jengah blog
sgt bz...
dh dpt ke tourist guide???
Sebenarnya saya x de no contact dia
semua atas agen yang saya pergi ni
x smpt plak nak mntk kad or number dia
facebook dia ada...tapi saya x add pulak...
yang saya ingat namanya ROMEO
cuba cari kt fb dia...
sory ekk...