Hari ke-2 di bandar Ho Chi Minh..bangun tidur sangatlah awal..hehe..yelah Subuh masuk awal kan..so, pukul 4 pagi dah bangun...pastu pergi sarapan..tengok dari luar tingkap..pukul 6 pagi dah secerah-cerahnya..wahh!!best..terpikir kalau pukul 6 pagi kat Malaysia mesti belum bangun lagi..hehe
Lepas sarapan..kami terus di bawa ke destinasi utama untuk hari ke-dua ni..pergi ke Cu Chi Tunnel..iaitu tempat sejarah paling terkenal di negara Vietnam..terowong dalam tanah yang di bina oleh manusia yang merupakan terowong perang paling panjang di dunia..merasai pergi ke tempat bersejarah memang menjadi antara favourite Cikma kalau nak melancong ke negara orang.. bila Cikma sendiri memasuki terowong tu..rasa memang sangatlah seram sejuk..meremang sekejap bulu roma ni..dengan rasa sesak nafas kejap..wuitt...sangat seram ok walaupun hanya 20 meter jer kami try berjalan dalam terowong tu..memang terowong tu sempit sangat..kena membongkok time berjalan dalam tu..nasib ler muat badan aku ni..huhu..but..trully..satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan..masuk ke terowong bersejarah itu..selalu tengok kat tv jer kan..
Di Cu Chi Tunnel tu banyak lagi pameran sejarah..antaranya tentang beberapa jenis perangkap yang di buat oleh gerila komunis semasa perang Vietnam-Amerika yang menyaksikan tentera Amerika kalah..memang ngeri tengok kelengkapan senjata dan perangkap nya..memang patut tentera Amerika kalah...sangat pintar dan bijak jugak tentera komunis Vietnam ni dulu kala...yelah nak mempertahankan apa yang mereka ada kan..
Kat sini gak ada di buat lapang sasar untuk menembak..kita kena beli peluru nya..ikut jenis senjata yang nak kita pakai..haha..sori..yang ni memang tak try ler..takut wei..peluru hidup tu...ngeri plak..dengar bunyi tembakan jer dah meremang bulu roma wei..ish..ish..ish...
Lepas jalan-jalan around sejam kami di beri minum teh cina dan jugak merasai makan ubi kayu yang di rebus dan di cicah ngan kacang tumbuk..emm..kiranya kita rasa lah makanan yang mereka makan waktu perang..macam mana di negara kita dulu..masa zaman Jepun kan..:)
Kami kemudian di bawa makan tengahari di Saigon Sri Penang Restaurant..satu lagi restoran makanan halal di bandar ni..memang makan tak ingat ok..sebab dah lapar sangat berjalan bagai nak rak time pergi ke Cu Chi Tunnel (oh ye..tempat terowong tu ambil masa 2 jam perjalanan dari tempat kami menginap)..lepas makan kami terus di bawa balik ke hotel..time ni memang takde lah apa-apa pun..aktiviti bebas..kalau dah bebas..maknanya...shopping lah everybody..hehe
Hari ni memang aku gunakan masa untuk shopping dari petang di bawak ke malam..penat sehh!!tapi berbaloi-baloi..lepas hajat sebab hari pertama kat sini nak shopping tak jadi gara-gara cirit birit..haha..memang puas hati lah berjalan dan membeli belah..janji apa yang nak aku beli dah dapat kan..
Tempat yang kami pergi shopping ialah Ben Thanh Market..tempat ni memang popular di kalangan pelancong..especially dari Malaysia..tak caya..tanyalah sesapa yang pergi Ho Chi Minh..mesti tempat ni menjadi tempat wajib pergi kan..huhu..memang banyak kain yang murah dan cantik2 nokk...rambang mata di buat nya..yang best rupanya dorang boleh terima duit Malaysia.huhu..ingat tak nak terima..rasanya guna duit kita lagi murah compare to duit dollar US dan duit Dong..so, kepada sesapa nak pergi sana nanti tak perlu risau ler nak tukar duit bagai..pakai jer Ringgit Malaysia..duit Dong tu tukar sikit pun ok..bukan apa..para penjual kat sini dah bijak..dorang dah tahu nilai tukaran mata wang asing..mereka sebenarnya lagi suka kalau kita pakai dollar US..cepat jer nak..tapi kalo kita totalkan dengan RM..memang barang kita beli tu mahal..macam tu jugak kalau kita pakai duit dorang iaitu Dong..sama gak..jadi jangan cakap lah dorang tu kurang bijak..sebab dorang dah tahu dan memang kena lah korang hati-hati ekk bila tawar menawar harga..selagi boleh kurang..korang kurangkanlah..kalau boleh sampai dorang fedup..sebab macam mana pun dorang kena jugak jual barang kan..hehe..so, continue plak untuk hari esok iaitu hari ke-3 ekk..Cikma cerita tempat lain plak ..
Supper di restoran ni..sebab dah lapar sangat..asam laksa ni harga nya semangkuk RM 12 ok..air milo ni biasalah dalam RM 4.50 so total..dalam RM 17 untuk makan jer nokk..memang mahal makanan halal di bandar Ho Chi Minh ni..
CIKMA : Bila dah mula kaki ni melangkah ke negara orang..rasa kaki ni gatal balik nak menapak ke negara orang..betul kata orang..jauh perjalanan luas pemandangan..dan banyak pengetahuan..so, kalau di beri lagi rezeki oleh ALLAH SWT..harap-harap dapat le lagi pergi ke negara lain plak..In Shaa Allah..:)
No comments:
Post a Comment