IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Jumaat, 27 Januari 2012

The Delayed Story...Finale..ROTI KISMIS


Episod terakhir...fuh!!!lega...roti kismis yang dah lama nak buat..akhirnya tercapai jugak..nak kata menjadi 100% taklah sangat...time makan panas-panas memang gebusss..tapi dah sejuk..erkk..lebih tepung rasanya kot...takpw..percubaan pertama...dan Cikma akan explore resipi yang lain pulak..resipi nie Cikma ambil daripada kotak mauripan jer...so...layan ekk resipi nyer...

Bahan-bahan :

700 gm tepung gandum
satu paket yis mauripan (11gm)
1 camca teh garam
100 gm gula
1 biji telur
100 gm kismis
70 gm mentega
35 ml susu
400 ml air

Cara-cara :

1) Campurkan tepung dan yis dan adun rata. Tambahkan air adun selama 5 minit.
2) Masukkan gula, garam, telur, mentega dan susu. Adun lagi selama 10-15 minit. Tunggu selama 20 minit.
3) Selepas itu, masukkan kismis dalam adunan..tunggu lagi selama 15-20 minit.
4) Timbang 60 gm bentukkan bulatan, tunggu 10-15 minit. Dirol nipis dan sapukan dengan mentega/susu cair.
5) Tunggu sedikit kembang dan bakar lebih kurang 20-25 minit. SELAMAT MENCUBA...

CIKMA : Tak timbang..buat ala-ala kadar jer..tu yang ada besar kecik roti tu..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails