Saturday 26 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433 H


Hijrah..mengingatkan kita kepada peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW bersama-sama sahabatnya dari kota Mekkah ke Madinah..penghijrahan yang membawa banyak peristiwa yang bersejarah dan terpahat di hati umat Islam...hijrahnya Nabi Muhammad SAW untuk membawa syiar Islam ke Madinah dan seterusnya tersebar ke seluruh pelusuk dunia...

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW banyak onar dan ranjaunya...pengorbanan yang tidak terhingga...nyawa menjadi taruhan..terlalu besar pengorbanan yang baginda dan sahabat-sahabat Rasulullah lakukan..HANYA KERANA ISLAM..

Hijrah juga membawa kita mendalami erti penghijrahan yang sebenar dalam diri kita..hijrahnya kita daripada perbuatan buruk yang kita lakukan..kepada perbuatan yang elok....sikap dan perangai kita yang mazmumah kepada sikap mahmudah..hijrahnya kita itu banyak membawa kebaikan..bukan kepada kejahatan....

Cikma....banyak yang lebih alpa dan lalai...tanggungjawab kepada ALLAH SWT...keluarga dan diri sendiri..untuk Hijrah ini aku cuma berharap agar apa yang aku lakukan akan lebih dinilai kepada kebaikan dan ganjaran pahala...manusia...tidak boleh menilai sikap manusia itu sendiri...jahat atau baik nya perbuatan mereka...hanya ALLAH SWT yang MAHA MENGETAHUI....apa yang tersirat dan tersurat dalam hati juga...hanya kita dan PENCIPTA kita sahaja yang memahaminya......

CIKMA : Hati insan ini...masih lagi sama...tiada yang berubah..cuma aku bersyukur...ALLAH SWT membuka hati ini untuk mengubah sikap dan perangai aku...walau ada ketikanya sikap aku ini mengguris perasaan orang lain.....

2 comments:

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...