Thursday, 18 February 2010

Bila kita memberi dan menerima..

"Kita perlu ada GIVE AND TAKE"...ungkapan yang selalu kita dengar kalau kita sedang dalam sebuah perhubungan..tapi dalam kehidupan kita pun selalu nya memberi dan menerima akan ada dalam setiap situasi yang berlaku antara kita dan orang lain....

Hidup kalau tidak memberi dan menerima...bukan HIDUP namanya...kadang-kadang dalam satu situasi...pihak kita terpaksa beralah...untuk memberi sahaja...manakala satu pihak lagi menerima sahaja...adilkah pihak yang memberi tu? mungkin pihak memberi terpaksa berkorban dalam setiap perkara yang dia lakukan...yang menerima terasa diri dihargai dan bangga...kerana pihak yang memberi terpaksa berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga...


Situasi memberi dan menerima perlu seimbang dalam setiap perkara. Tanyalah mana-mana makhluk yang bergelar MANUSIA dekat dunia ini...tiada seorang pun daripada mereka yang sepanjang hidupnya hanya memberi sahaja. Bodohlah makhluk itu yang dirinya selalu berkorban untuk memberi sahaja. Walhal pihak yang memberi tahu akan akibat di kemudian hari. Sanggup rasa terseksa sepanjang hidup untuk melakukan perkara TAK MASUK AKAL itu...

Setiap perkara harus berlandaskan kepada keadilan...baik dari pihak memberi dan juga dari pihak yang menerima. Kalau keadilan itu tidak di guna pakai dalam setiap perkara atau perhubungan...mampukah ianya berjaya dilaksanakan ataupun perkara itu gagal dilakukan? Dua pihak yang berlainan harus sedar bila kita memberi dan menerima secara adil dan saksama...semua perkara dapat diselesaikan dengan cara baik dan teratur...dalam perhubungan...memberi dan menerima secara adil juga dapat membentuk hubungan yang baik dan tenang...tanpa ada gangguan emosi dan rohani...

Namun, adilkah seseorang itu jika dirinya tidak pernah mengalami situasi menerima daripada orang lain sepanjang hidup? Jika dirinya selalu memberi...kepada orang lain..? Aman bahagiakah hidupnya? Atau ada sesuatu yang tersembunyi dalam pemikirannya untuk menanti peluang yang akan diguna seluruhnya nanti untuk mendapat apa yang dihajatkan? Menggunakan peluang yang terhidang di depan mata walaupun terpaksa menanti untuk tempoh yang lama...Adilkah???

Situasi memberi dan menerima harus berpaksikan kepada pemikiran antara dua pihak yang adil dan benar...kalau adapun perkara yang boleh mengakibatkan sesuatu situasi itu tidak berjalan dengan baik...kita haruslah berbincang dan mengenal pasti setiap masalah dalam sesuatu perkara. Bila kita memberi dan menerima, kita harus berlaku adil kepada diri dan pihak yang satu lagi. Harus ada situasi mengalah dan berkorban. Perlu tanamkan sikap posotif dalam setiap situasi dan perhubungan. Bila kita berfikiran positif, situasi memberi dan menerima akan menjadi satu situasi yang mudah dan senang....

 

CIKMA : Selalu memberi...jarang menerima...

2 comments:

  1. yang tu memang ler ok...tapi yang selalu memberi ni...rase cam sakit otak jer...

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...