Monday 22 September 2014

Ulang dan ulang lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Kisah terbaru mengenai UPSR 2014...emmm kertas Matematik (Paper 1) serta kerta Bahasa Tamil di ulang semula...

Aduhai...kasihannya kepada anak-anak didik....tentu mereka stress sekarang...rasanya bukan mereka sahaja...guru-guru tahun 6, parents malah pihak sekolah juga lebih stress menghadapi berita ini..

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia...telah di war-warkan kepada pihak media Malaysia...

Cukuplah...aku kata cukup!!!...tahun ni merupakan tahun yang sangat mencabar negara Malaysia...bukan nak menuding jari...tapi inilah kenyataannya....ada sebab Allah SWT turunkan semua dugaan dan ujian ni kepada rakyat Malaysia...kalau itu pun kita-kita ni tak faham lagi...Cikma tak tahu nak cakap macam mana...

Sedarlah kita sebenarnya terlalu mengejar kuantiti..bukan kualiti...perkara ni sudah berlaku beberapa tahun kebelakangan ni...namun...seperti biasa...perkara itu boleh di selesaikan dengan cara berhemah...namun kali ini..memang di tunjukkan dengan jelas bahawa kerana terlalu mengejar peratusan yang tinggi dalam institusi pendidikan yang mahu di jadikan sebagai yang terbaik di dunia...akhirnya rebah dan di malukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab ini...

Salah siapa???memang kita tidak mahu tuduh menuduh...senang cerita...kita semua ini salah..baik dari pihak atasan hinggalah ke akar umbi...baik dari pihak murid hinggalah kepada parents...guru-guru juga terlibat sama...salah itu memang datang daripada kita...bukan orang lain...kerana terlalu mahu menjadi yang pertama...akhirnya kita tersungkur jatuh hingga tidak boleh bangun dengan bermaruah...

Tidak pernah mana-mana negara (rasanyalah) di dunia ni akan repeat exam berulang kali.. mereka lebih mengambil pendekatan membatalkan peperiksaan jika telah berlaku ketirisan berulang kali..emm...tak tahulah mengapa...tapi aku bukan mahu cakap aku ni pandai...tapi banyak kelemahan daripada kelebihan mengambil peperiksaan berulang kali ni..

Emosi murid-murid terganggu....fizikal dan mental mereka juga turut terganggu...mind set mereka telah pun menetapkan bahawa hanya 2 kertas sahaja yang akan di ulang...tetapi apabila di tambah kepada 2 kertas (terutama sekolah jenis kebangsaan (Tamil)) adakah para blogger rasa kekuatan murid-murid ini menghadapi peperiksaan akan sama seperti mereka mendudukinya buat kali pertama dahulu???


Cikma tak nak ulas lanjut...terlebih ulas karang di tuduh mahu mengucar-kacirkan masalah yang sedia ada...aku hanya nak luahkan apa yang di alami...yup bukan lah 100% terpalit dengan kontroversi ni...tapi as a teacher...aku kesian tengok rakan2 sejawat yang telah bertungkus lumus membimbing, mengajar dan berkongsi ilmu dengan murid sejak awal tahun lagi...dengan pelbagai program di sekolah...lastly...jadi macam ni...emm...tak tahu nak cakap apa...redha ajelah anak-anak didik...kepada parents...anggap ini merupakan proses kedewasaan dan kematangan anak-anak dalam menghadapi cabaran dan ujian kehidupan mereka di masa akan datang....:) InshaAllah ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku..

CIKMA : Dugaan itu datang bersebab....:) renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...