Saturday 27 September 2014

Puding Aiskrim Oreo

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Satu-satunya dessert yang sempat di cuba masa cuti sekolah hari tu...bukan takde masa tapi takde mood kot nak membaking...ingat tunggu Raya Haji ni baru nak memcuba resepi baru..

Resepi ni Cikma dapat daripada adik....dia buat kat rumah dan aku rasa macam best jer rasa...so simple dan bahan-bahannye memang senang nak cari..jom layan resepinye



Bahan-bahan :
1 paket agar-agar (anggaran 25 gm)
1.5 liter air
1 cawan gula
1 biji telur
1 cawan aiskrim (apa-apa perisa, Cikma guna vanilla atau coklat)
Biskut oreo (dalam satu paket) - hancurkan
1 tin susu cair

Cara-cara :
1) Masak agar-agar dalam air. Kacau hingga agar-gar hancur. Masukkan gula.
2) Dalam blender...masukkan susu cair, telur, aiskrim dan oreo. Blendkan semua.
3) Masukkan bahan tadi ke dalam agar-agar yang dah hancur tadi...Kacau sebentar dan hingga menggelegak.
4) Tuangkan adunan ke dalam bekas. Hias dengan biskut oreo. Sejukkan....
* Cikma tak pakai krim biskut tu ye...pakai biskut nye sahaja...
* Cikma pun tak blend kan biskut oreo tu (ikut resepi asal blend sekali)...hancur kan sahaja...masuk jer dalam agar-agar (tak payah lama...kejap jer..kiranya bila adunan tadi masak, tutup api pastu terus jer masuk...dan lepas tu baru letak biskut oreo sekeping-sekeping...nampak cantik...:)
* Puding ni tak berapa manis...boleh tambah gula yeeee ikut citarasa kita...:) SELAMAT MENCUBA


CIKMA : Macam nak buat snow cheese cake Hari Raya Haji nanti...:)...emmmm....

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...