Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tajuk rasa macam 'ngeri' jer dengar...tapi itulah realiti....:)
Kecoh sekecoh kecohnya...susah nak describe apa yang ada dalam kepala Cikma...as a teacher...memang terasa tempiasnya walaupun aku sendiri bukan guru-guru tahun 6...
Kesian sebenarnya...bila dah terjadi perkara ini...semua orang memang kena bertanggungjawab...baik dari pihak atasan hingga ke anak-anak murid...aku faham perasaan mereka yang terlibat....ibu bapa juga rasanya stress bila tengok dan dengar perkara ini..
Kes soalan bocor sejak semalam merebak ke hari ni...2 subjek iaitu Sains dan Bahasa Inggeris bagi UPSR 2014 di sahkan telah tersebar sebelum peperiksaan di laman dan media sosial...semalam matapelajaran SAINS di tangguhkan peperiksaan....hari ni pulak subjek BAHASA INGGERIS yang telah selesai di jawab pagi tadi oleh semua murid2 tahun 6 di sahkan bocor dan akan di duduki semula bersama subjek SAINS pada 30 September 2014 nanti.....
SATU MALAYSIA terkejut dengan perkara tersebut...TPM sangat marah dengan perkara yang berlaku...SELURUH SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH di Malaysia terpaksa berdepan dengan perkara yang mengejutkan...segala gerak kerja serta semua SOP telah di lakukan secepat mungkin...JPN dan PPD juga di kerahkan membuat pemeriksaan di sekolah-sekolah tertentu...segala maklumat berkaitan peperiksaan HARUS di padamkan....dan semuanya berlaku hanya di sebabkan tiada sikap telus dan tidak berintegriti di kalangan pegawai pendidikan itu sendiri...
Terus terang cakap....soalan-soalan bocor ini sebenarnya dah lama berlaku...cuma ia berlaku dengan cara di mana kita selesaikan secara profesional dan timbang tara yang amat berhemah...namun, tahun ni...mungkin ALLAH SWT tu nak tunjuk....selama ni kita 'cuba' cover segala hal...tapi sampai bila..dan akhirnya....murid-murid dan guru juga menjadi mangsa keadaan....
Memang Cikma sebagai guru pun sangat tidak setuju dengan perkara yang berlaku...pengalaman depan mata sendiri sebenarnya berlaku beberapa tahun lepas...tetapi kami ambil cara diam, sendiri mau ingat dan sendiri mau tanggung...ALLAH MAHA MENGETAHUI...benda dah lepas...dan tunggu sahaja keputusan...seyesss....peratus lulus dan kpi sekolah beberapa sekolah mencanak naik..soalan spot dan jawapan spot bertebaran...jadi nak cakap apa...kerana kami-kami ini terpaksa berdepan tugas dan tanggungjawab di mana jika peratus sekolah dan kpi sekolah turun...kami terpaksa berdepan soal jawab dan soal siasat dari pihak kementerian, jabatan pelajaran negeri, pegawai2 daerah, jemaah nazir sehingga kepada ibu bapa murid-murid...menjadi mangsa sekali lagi adalah guru-guru yang terpaksa berhempas pulas mengajar, mendidik, mencari maklumat dan sebagainya....kerana takut dan 'gerun' dengan amaran serta tekanan dari pihak pentadbir....
Itulah realitinya....begitu juga dengan murid-murid...aku tau hanya segelintir sahaja mereka yang merasai bebanan stress murid2 belajar especially murid-murid itu di kalangan kelas bijak dan pintar, tetapi....murid-murid dari kelas pertengahan dan kelas bawah dorang tak rasa apa-apa....waima nak dekat periksa pun buku tak pernah langsung di baca....melebih nak main jer...datang sekolah pun sekadar nak melengkapkan nama dalam buku disiplin salah laku murid....seyesss!!!! itulah realiti...sebab aku bergelar guru ini yang mendepangi cerita sebenar....murid-murid sekarang mentaliti sangat berbeza dengan murid-murid zaman dahulu...tak tahu macam mana nak explain...dan menuduh sesiapa kenapa dan mengapa mereka jadi macam tu....mungkin pengaruh media sosial barangkali mereka ini terlalu tepu otaknya dengan pelajaran....
Realitinya juga, apabila semua ini berlaku dengan pantas...semua akan menyalahkan teknologi...yess!!!itu memang kenyataannya...sekarang kita dah WHAT'S Apps, Telegram, Viber, WeChat, Line dan segala mak nenek sosial...dengan sekali seretan hujung jari di atas skrin handphone...semua maklumat dapat di sebarkan dengan cepat...tanpa memikirkan kesan selepas itu...dan apabila benda ni berlaku...orang akan tuding jari kepada semua orang...dan yang jadi mangsa...adalah seorang guru......
TANGGUNGJAWAB DAN DEDIKASI...dua sikap ini memang perlu ada di kalangan guru...aku tahu ramai guru di luar sana dah buat sehabis daya dan tenaga...selebihnya berserah dan tawakal kepada ALLAH SWT...tetapi...apabila perkara ini serta dunia realiti perguruan yang semakin caca merba ini masih lagi terjadi....jangan terkejut kalau peperiksaan awam lain selepas ini juga mengalami perkara yang sama....
Cukup-cukup menuding jari kepada kami yang bergelar guru...namun cerita sebenar seorang guru hanya orang yang bergelar guru sahaja yang tahu....realiti di mana kami ni dapat gaji banyak, cuti banyak, kemudahan banyak dan sebagainya sebenarnya adalah satu cerita untuk 'mengcover' kehidupan seorang guru...aku pernah jumpa bekas guru aku semasa di sekolah menengah dulu...bila tanya beliau nak pencen...memang suka sangat...tanya juga tak nak sambung perkhidmatan...dengan pantas beliau cakap "Cukup-cukuplah...penat...macam2 benda dah sekarang ni, dah tak erkejor rasanya...serabut..."....yup..serabut...serabut dengan macam2 hal......:)
CIKMA : Masih dan akan kekal bergelar seorang pendidik....IN SHAA ALLAH......:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Still dalam mood raya haji....nak kte cam raya pose mybe x lah...slalu time raya pose lagi sronok kot sbb jmpe kengkawn lame n sedara mara.....
No comments:
Post a Comment