IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Ahad, 7 September 2014

Non Baked Chocolate Cheese Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Menjengah blog setelah berehat sebarang dua...tuan rumah tak berapa sihat...huhuhu...nikmat sihat di tarik sebentar oleh Allah SWT...sekurang-kurangnya kita sedar dan tidak alpa...sakit itu diberikan untuk meringankan kesilapan yang kita buat..betul kan...:)

Cuti merdeka yang lalu...walaupun sebentar di Diamond Bay...tapi sempat juga menjengah dapur untuk cuba asah skill membaking...sebenarnya lebih kepada nak menghabiskan barang jer...so, carilah resipi yang simple mimple dan bahan pun tak banyak mana...di tambah secara kebetulan singgah kedai dan dapat pulak beli gelatin halal...so memang dalam kepala ni nak buat cheese kek tanpa masak...

Di ambil dari laman web women weekly version Australia...non-baked chocolate cheese cake ni memang meletoppp rasanya...sweet ala-ala tersenyum simpul (dalam erti kata lain tak manis sangat)...so, sesuai sangat di makan time panas-panas...bagi rakan-rakan sejawat rasa...dorang cakap sedap dan rasa macam aiskrim coklat!!!hehehe...not bad kan sebab ni percubaan pertama Cikma...

Layankan resepinya ekkk....:)


Bahan-bahan :

250 gm digestive biscuits (apa-apa biskut pun boleh)
100 gm butter (di cairkan)
1 sudu besar gula castor (Cikma tak masukkan)
11/2 sudu kecil gelatin (campur sedikit dengan air panas suam...lebih kurang 1/2 cawan. Kacau hingga larut...tapi pastikan jangan sampai sejuk dan berketul...:)
500 gm coklat masakan
500 gm cream cheese
395 gm susu pekat (Cikma kurangkan sikit-depends pada yang nak kurang manis ekk)
250 ml @ 1 cawan non-dairy whipping cream
1 sudu kecil esen vanilla (tak nak masuk pun tak pe)

Cara-cara :
1) Hancurkan biskut (bland) dan kemudian masukkan butter yang di cairkan tadi serta gula kastor.
2) Gaul sebati dan kemudian masukkan bahan tadi ke dalam loyang. Mampatkan biskut tadi dan masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.
3) Double boil kan coklat masakan. Sejukkan.
4) Pukul cream cheese, susu pekat hingga sebati
5) Kemudian, masukkan whipping cream,esen vanilla dan yang terakhir coklat masakan.
6) Akhir sekali, masukkan gelatin...pukul sebentar.
7) Masukkan bahan cheese tadi di dalam loyang biskut tadi.
8) Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 2,3 jam...lebih elok semalaman....SELAMAT MENCUBA

CIKMA : Tak sempat nak mendecor bagai...kosong gitu jer....hehehe....janji sedap!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails