Tuesday 28 May 2013

sEMaSa cuTI...

Semasa cuti...

Ramai lah mak ayah nak buat kenduri tunang, nikah dan sanding..masa ni lah kita nak tengok pelbagai deco khemah yang pelbagai warna warni..huhu..dan masa nilah nak semua jemputan hadir..al-maklum lah..cuti sekolah..orang dok pakat balik kampung jumpa sedara mara bagai...dan yang best...boleh jugak makan nasi minyak berkali-kali (kalau jemputannya lebih daripada sebuah rumah sehari..)..emmm...seronoknya kahwin!!!haha..apakah motifnya itu wahai Cikma???

Semasa cuti...

Bebudak sekolah paling happy giler (giler lagi tu!!!..haha)..sebab dorang tak payah bangun pagi nak ke sekolah...tak payah nak berdepan dengan cikgu-cikgu yang garang dan suruh buat kerja sekolah jer memanjang (akulah tu..haha)..yang penting ok...yang penting...masa dorang bermain dan lepak-lepak sangatlah lama..cuti lah kan...mana tak heppi..aku pun suka (WALAUPUN kerja cikgu masih der jugak nak di buat masa cuti..huhu...)

Semasa cuti...

Mak dan ayah pening kepala dan senang sikit hati..hehe...kenapa..pertama...pening kepala sebab anak-anak mintak bawak pergi jenjalan atau makan angin..mak ayah masih sibuk kerja..nak mintak cuti lebih-lebih takut boss besar marah-marah..amik cuti lelama jugak takut pending semua kerja...tu belum lagi perbelanjaan nak makan angin bagai...huhu..kopak2..yang senang hati...ada parents hantar anak-anak balik kampung time cuti sekolah..masa nilah mak ayah boleh rileks sikit dengan anak-anak...biar dorang merasa duduk kampung dengan atuk dan nenek..yang best..mak ayah kat umah boleh lah lepas lelah daripada melayan kerenah anak-anak..duit belanja gak save sebab tak payah nak ke sekolah...kan...kan...kan...

Semasa cuti...

Tetiba...kawasan atau daerah yang kecil atau senang cerita lah kampung meriah..mana taknya..time cuti nilah semua orang balik kampung bawak satu famili..haha..meriah lah pekan dan kampung!!!rasa time hari raya pulak kan...seronok sebenarnya bila time cuti kumpul adik-beradik dan sedara mara...masa nilah nak kongsi cerita bagai...nanti cuti raya...kongsi lagi cerita...tak gitu!!!

Semasa cuti...

Time nilah aku dan cikgu-cikgu di seluruh Malaysia nak rehat...rehat ok..rehat...walaupun di klasifikasikan rehat..tetapi...harus di ingat ye...rehat kami bukan sekadar rehat...bagi aku ni..rehat aku lebih kepada merehatkan minda daripada kerenah anak-anak murid...senang cerita nak coolkan diri lah daripada tekanan di tempat kerja...emm...kerja sekolah tu masih ada...dan aku tahu ada sesetengah cikgu-cikgu ni tak berapa nak cuti..ada yang kena kursus lah...kelas tambahan lah..bertugas waktu cuti lah...dan macam2 lagi lah..pendek kata..Cuti hanya sekadar termampu...hehe...gitu...

Cuti...memang seronok...tapi bukanlah sampai tak nak buat satu hapah kerja pun..tapi kira light2 jelah..apa-apapun...enjoyed ur holiday...okeh!!!!




CIKMA : Banyak aktiviti yang di plan time cuti ni..huhu..harap-harap boleh settle semua aktviti tu....:)


2 comments:

  1. ....untuk seorang mamaijat plak....
    semasa cuti ni adalah masa nak pulih kesihatan sepenuhnya...masih bersisa dan berbaki rasa x sihat kesan dari demam & x sihat ari tu...di tambah tekanan rushing marking & skul work...
    so,semasa cuti ni rehat cukup2.....

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...