Tuesday 21 May 2013

LADAP di Impiana Country Resort, Sg. Semungkis, Hulu Langat..





Salam dan sejahtera..cerita hampir dua minggu sudah..hehe..apa-apa pun Cikma nak bagitau dulu ni..tahun ni tak dapat nak meraikan sambutan hari guru di sekolah..sedeyyyynyer...ish!ish!ish!..prepared dengan terlebih excited tahun ni sebab aku kali pertama jadi emcee untuk sambutan tu..alih-alih kena bertugas di tempat lain..ok2..yang tu nanti Cikma cerita ekk..

So, kali kedua buat kursus bersama hampir semua rakan sejawat di luar sekolah..kalau tahun lepas di Janda Baik, Pahang..kali di dekat jer..kat Hulu Langat..iaitu di Impiana Country Resort, Sg. Semungkis..ok lah not bad tempat dia..sebab ada air sungai yang sejuk jer..hehe

Kalau nak bawak famili bercuti memang di alu-alukan..kalau ler nak release tension (macam aku yang selalu stress ni)..tempat ni sesuai sangat..marah ker..geram ker..terjun aje dalam sungai tu..ahaks!!!

Kalau tahun lepas Cikma sanggup buat jungle tracking..tapi kali ni..Cikma dah awal-awal tarik diri..pertama..Cikma dah tak yakin pada kekuatan MENTAL dan FIZIKAL aku yang tak seberapa kuat..second..daya ketahanan tidak berapa baik di sebabkan time tu Cikma batuk-batuk dan lemah badan (macam nak demam), lastly..Cikma nak pergi ke sana cuma nak tenangkan fikiran dan minda..tak mahu nak meletihkan mental yang sedia letih ni..jadinya..aku just rehat-rehat jer sambil menikmati air sungai yang sangat sejuk dan indah dan lebih best boleh plak menelaah novel!!!haha..kelas kau Cikma...

Cuma..kalau ada sesapa yang bising coz aku tak join buat aktviti lasak tu..aku nak cakap mintak maaf pun..tak sesuai lah plak..bukan mengelak ok..tapi memang keadaan fizikal tak mengizinkan..sebab hanya diri kita yang tahu sejauh mana kita boleh tahan dengan aktiviti lasak ni..if u'all memang sedia kuat..ala-ala LARA CROFT..pergilah..tak de sapa nak halang...:)..kan...

Yang penting..yang penting ok..instinct Cikma sangatlah kuat di pilih dalam aktiviti MASTERCHEF TEACHERS tu memang lah tepat..haha..dah agak GB akan pilih nya lah..masak rendang ayam lagi..hehe..masakan yang tak pernah aku buat..kalau ikut memang boleh jer kot..sebab Cikma main campak jer bila masak..orang guide jer..tapi maybe lah sebab masak depan kengkawan..rasa lain plak..nervous terlebih-lebih..sampai aku perasan lah sorang kakak dalam grup aku tu macam tak puas hati jer bila aku cakap aku tak reti masak rendang...haha..well...aku memang pandai berlakon...saja nak tunjuk 'bodoh' bila bab memasak...well..depends pada kita u'alls..janji rasa rendang...hehe..

Apa-apa pun...Cikma puas..dapatlah letak kaki lelama dalam sungai yang sejuk itu..menikmati keindahan alam..memang rasa tenang..sebab kita lupakan sebentar kerja dan masalah-masalah lain..so, kalau de rezeki dan panjang umur..nak jugak datang lagi ke sana..bawak adik-beradik pulak..syok wooo berkelah sama-sama...:)

CIKMA : Ada aku kisah cakap orang...hehe..janji jangan kacau kerja aku...

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...