Sunday 10 March 2013

Cinta Sejati

Cikma suka lagu ni...kali pertama dengar seperti biasa-biasa..lagipun penyanyi nya bukan penyanyi kegemaran Cikma..tapi aku boleh mengagak pencipta dan penulis lagu ni adalah daripada Melly Goeslow..salah seorang pencipta lagu dari Indonesia yang sangat superb...(suka dengar hasil nukilannya)

Cinta Sejati..rupa-rupanya runut bunyi bagi sebuah filem Indonesia yang di lancarkan hujung tahun lalu...filem Habibie dan Ainun..mengangkat cerita ni daripada kisah benar iaitu kisah perjalanan dan cinta suci bekas presiden ke-3 Indonesia BJ HABIBIE dan isterinya Almarhumah Ibu HASRI AINUN BESARI..

Cikma sempat tengok teaser filem ini..kali pertama tengok kerana tertarik dengan lagu ni..terus ke Youtube dan Cikma mengetahui filem ni berdasarkan carian nama penyanyi lagu ini iaitu Bunga Citra Lestari (BCL)..apa yang boleh aku cakap..sangat tragis dan sungguh sedih..boleh ekk Cikma nangis tersedu sedan bila tengok teaser cerita ni..mendengar bait-bait skrip yang di lontarkan oleh pelakonnya (heroin nya adalah BCL sendiri sebagai Ainun) dan heronya (pelakon bernama Reza Rahardian sebagai BJ Habibie) membuatkan Cikma rasa nakkkk sangat tengok filem ni...:)

Dan yang pasti..mahu memiliki buku hasil karya BJ Habibie ni..mesti best kan kalau dapat baca..tak kisah lah kita tak faham bahasanya, tapi suka kata dan sebutan tetap hampir sama kan dengan Bahasa Malaysia..boleh jer kalau nak belajar memahamami bahasa Indonesia..hehe Anyway..layan kan lagu nya..kalau betul lah masih ada lagi cinta sejati seperti mereka..bahagia nya semua manusia ni dunia ini..termasuklah Cikma!!!

 


 

CIKMA : Tak perlu seseorang yang sempurna, cukup temukan orang yang selalu membuatmu bahagia dan membuatmu beerti lebih daripada sesiapapun #HABIBIEdanAINUN..thanks from blog http://teguhkaryanugraha.blogspot.com

1 comment:

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...