Friday 1 November 2013

nOn BaKeD MaRIe CoFFEE cHeEse caKE


Merupakan peminat tegar cheese kek!!!wallawey dah tak pandang kek lain kalau cheese kek ni di hidang di atas meja..tulah pasal badan ni tak pernahnya susut..mengembang jer...hehe..

Resepi ni sangatlah lamaaaaaa..why lama??sebab Cikma buat kek ni masa Aidilfitri yang lalu...lama kan??? seperti biasa Cikma terlalu sibuk dengan kerja-kerja lain..bukanlah hari ni tak sibuk...tapi adalah masa nak mengupdate blog..

Resepi asal cuma Cikma ambil based aje..tak silap dari blog Kak Nor @ Secubit Garam thanks again kak sebab kongsi resepi...muah...muah

Dan seperti biasa Cikma sangat derhaka kepada resepi asal...membega untuk kelihatan seperti apa yang di suka..emm..janji sedap dan dapat di makan!!!

Cheese cake ni non-baked ye..maksudnya kita sejukkan dalam peti ais..dalam 4-5 jam...pastu dah boleh ngap!!!..tak terrer lagi nak buat yang bakar..pernah buat...duluuuuu kala...tapi tak menjadi sangat...mungkin kena cari resepi yang lain kot!!!...ok2...cuti ni kita try test ekk (abis tu bila ko nak diet Cikma????)...haha...

Meh layan resepi....

Bahan-bahan :

200 gm biskut marie (Cikma pakai biskut tiger perisa coklat)
120 gm butter ( di cairkan )

- pecahkan biskut (blandkan jer) dan masukkan butter yang telah di cairkan. Gaul rata dan kemudian tekankan hingga padat pada bekas loyang sebagai based cake. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 1/2 jam. Bekas loyang tu kalau boleh lapikkan dengan kertas minyak..(Cikma belasah pakai kertas A4 jer...hehe)

Bahan-bahan cheese :

30 gm gelatin (Cikma pakai 1 paket gelatin halagel - 20 gm (tak silap lah) )
200 ml air panas (Cikma guna 11/2 cawan)

- Masukkan serbuk gelatin dalam air panas. Kacau hingga sebati. Ketepikan. TAPI..jangan sampai sejuk lah ekk..nanti rosak pulak..dah tak boleh masuk dalam cheese cake..ala-ala suam tu ok...

500 gm cream cheese
250 gm gula castor
200 ml whipping cream
200 ml plain yogart (Cikma takde benda ni time buat tu, so Cikma double kan whipping cream ke 400 ml)
Beberapa keping biskut marie (guna perisa coffee)
2 sudu kecil coffee emulco (nak lebih rasa coffee tambah aje ye)

1) Pukul cream cheese, gula castor dan whipping cream hingga hancur gula dan kembang
2) Bahagikan adunan kepada dua.
3) Adunan pertama tu masukkan gelatin (agak-agak dalam separuh ye gelatin tu). Kacau rata.
4) Tuangkan dalam based cake yang kita buat tadi.
5) Letakkan dan susun biskut marie atas adunan.
6) Sejukkan terlebih dahulu. (Cikma masuk dalam freezer. Cepat sikit. Dalam 15 minit dah sejuk).
7) Sementara tunggu adunan keras sikit. Bancuh bahagian adunan yang lain dengan masukkan coffe emulco dan juga lebihan gelatin.
8) Pukul dan kacau rata adunan tersebut.
9) Selepas tu, baru tuangkan atas adunan cheese yang telah di sejukkan tadi. Sejukkan kek dalam 4-5 jam sebelum di makan. SELAMAT MENCUBA.

* Cikma hias sikit dengan coklat rice....Sangat sedap makan dengan fruits...tak percaya...percayalah!!!hehe


 CIKMA : Rasa nak buat cheese tart...huhu..orang lain dah expert buat...kita baru nak start...malu2...:)

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...