Thursday 8 September 2011

Alhamdulillah....

Salam dan sejahtera...Alhamdulillah..saat-saat yang penuh dugaan telah pun berlalu...sangat risau sebenarnya..tapi Cikma dah boleh atasi masalah tekanan ini....ABAH yang telah di masukkan ke hospital Ahad lepas telah pun discharge pagi semalam...syukur kepada ALLAH SWT...:)

ABAH sejak beberapa minggu lepas kurang sihat....minggu raya..ABAH memang tak larat sangat..hari raya pertama sahaja dia dapat beraya..selebihnya dia duduk di rumah...sangat kesian tengok ABAH yang sangat tidak bermaya...hari AHAD lepas yang paling teruk....sehari sebelum nya ABAH muntah dan tak nak makan...pucat lesi muka dia....petang AHAD tu bawak dia ke hospital...doktor tahan terus dan ambil sample darah....

ABAH terus ke wad separa kritikal....doktor check...ABAH ada bleeding dalam perut..maybe kesan gastrik nya....doktor masukkan air dan darah sebab abah kurang darah...4 pain darah masuk dalam badan ABAH....
Alhamdulillah lepas je masuk darah dan air..ABAH sangat ok dan baru ada selera makan....:)


Harap lepas ni ABAH akan sentiasa sihat...memang rasa sangat sedih dan tertekan...Cikma tak dapat bayangkan hidup ini tanpa ABAH di sisi...belum boleh menerima orang2 tersayang aku pergi meninggalkan aku....YA ALLAH...panjang kan umur mereka yang aku sayang dan kasih ini...peliharalah mereka YA ALLAH......

CIKMA : Teruskan hidup ini....biar pun dugaan dan ujian datang melanda.....

2 comments:

  1. ...tersangat sayunya hati mamaijat baca catatan cik ma...saat ni terbayang abah mamaijat...juga hari raya lalu..abah mamaijat kelihatan agak uzur & x seperti raya2 yang lepas....akhirnya kami tahu,abah x amik suntikan insulin sepanjang bulan puasa..katanya x tahan ketar selepas cucuk..kami x dimaklumkan perkara ni..mujur selepas habis puasa abah dah pulih mcm biasa lepas teruskan suntukan beliau..cikma..abah kita x ade galang gantinya..mamaijat pun x nak memikirkan hidup ni tanpa ABAH......doakan agar abah2 kita sentiasa dalam lindunganNya..amin.

    ReplyDelete
  2. susah nak menerima hakikat bila abah kita jatuh sakit

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...