IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Ahad, 4 September 2011

KEK BUAH


Salam dan sejahtera..tahun ni giliran Cikma buat kek buah...selalunya setiap kali beraya MAK yang buat..tahun ni bab2 kek raya memang Cikma yang handle....MAK dah tak sempat nak buat..biskut raya yang konon nak buat satu jenis pun tak sempat gak nak buat..nak buat camne kan...kata MAK pecah rekod tahun ni....dah berpuluh-puluh tahun buat biskut raya...tapi kali ni memang tak buat langsung....semua biskut tunjuk jer....

Kek Buah ni memang resepi yang dah lama MAK dan aku buat..memang sedap...kali ni Cikma share resepi nyer....:)

Bahan-bahan :

1 cawan gula kastor
250 gram buttercup
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula ( di cairkan dengan 1/2 cawan air)
1 kotak buahan campuran
5 biji telur (asingkan putih dan kuning)
2 sudu cream of tar tar
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara :
1) Pukul mentega dan gula sehingga sebati
2) Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji
3) Masukkan gula yang telah di cairkan tadi (macam buat gula karamel) dan kacau sebati.
4) Masukkan tepung gandum (diayak bersama baking powder) berselang seli dengan buah campuran
5) Campurkan putih telur (di pukul sehingga kembang bersama cream of tartar) ke dalam adunan....kacau sebati
6) Bakar adunan selama 35-40 minit....SELAMAT MENCUBA...


CIKMA : Buat lagi sebiji kek coklat!!!!huhu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails