Sebenarnya aku tiada kekuatan untuk menulis...tetapi entri ini jika tidak di letakkan...mungkin 10 tahun akan datang Cikma akan lupa...mungkin juga orang lain akan lupa...sekurang-kurangnya kita boleh ingat dan menjadi pedoman kita...bahawa yang hidup pasti akan mati...
5 hari yang lalu (17 JULAI 2014)...negara di kejutkan dengan satu lagi tragedi yang paling mengejutkan kita...serta seluruh dunia...Kapal terbang MAS (Malaysia Airlines) sekali lagi menjadi mangsa...kali ini kapal terbang MH 17 terhempas kerana di tembak jatuh di kawasan sempadan yang sedang bergolak iaitu Ukraine dan Russia...seramai 298 orang termasuk 15 krew kabin menjadi mangsa kononnya tidak sengaja itu...kapal terbang itu sebenarnya akan tiba ke Kuala Lumpur (KLIA) dari Amsterdam, Belanda pada pukul 6.10 pagi (hari Jumaat waktu Malaysia)....hiba dan sangat sebak mendengar perkhabaran tersebut...
Cikma tahu mengenai perkara tersebut selepas selesai bertarawih pada malam Jumaat lalu...Ya Allah terasa menggeletar tangan melihat pelbagai laporan dan maklumat yang tertera di muka buku serta wassup juga bertebaran masuk dalam handphone...tidak terjangka dalam fikiran kapal terbang dari MAS akan menjadi mangsa di tengah2 pemberontakan puak pemisah pro kerajaan Russia dan juga negara Ukraine...
Pelbagai spekulasi sekali lagi menjadi tajuk perbualan hangat...jika dulu MH 370 (yang masih lagi menjadi misteri sehingga kini)...kali ini MH 17 juga menjadi mangsa 'spekulasi'...di pihak sana...saling tuduh menuduh siapa yang menembak jatuh...ada juga menyebut laluan penerbangan itu tidak selamat..walhal telah di luluskan perjalanan mereka oleh pihak EuroControl (penerbangan antarabangsa Eropah)...spekulasi mengaitkan peristiwa ini di dalangi negara-negera besar dunia untuk mengalih perhatian mengenai peristiwa pencerobohan dan kezaliman rejim Yahudi Zionis yang menyerang Gaza secara bertubi-tubi sejak seminggu yang lalu....pelbagai spekulasi yang sebenarnya boleh memberi tekanan bukan sahaja kepada rakyat dan negara Malaysia...tetapi yang lebih terkesan adalah anggota keluarga mangsa-mangsa tersebut...
Cikma sedih sebenarnya..ye kita dapat rasa peristiwa ini memberi sedikit rasa 'kelegaan' rakyat negara Malaysia kerana kapal terbang MH 17 telah di tembak jatuh dan kita juga tahu di mana ia berada....tidak seperti MH 370 yang hilang tanpa khabar berita...namun sesuatu yang perlu di risaukan adalah keadaan kawasan kapal terbang yang terhempas itu adalah merupakan kawasan bergolak yang sukar di masuki oleh mana-mana agensi tidak kira dari pihak negara Malaysia malah agensi negara lain sekalipun...menjadi kan ia rumit apabila puak pemisah tidak mahu bekerjasama untuk memastikan mangsa-mangsa/ mayat-mayat itu di hantar segera pulang ke negara masing-masing untuk di semadikan/di kebumikan mengikut agama masing-amsing...sungguh aku sebak...bagai mana kah keadaan jenazah yang beragama Islam...kita tahu dalam agama Islam...di haruskan untuk kita mempercepatkan proses pengebumian jenazah...tetapi dalam keadaan dan situasi genting seperti ini..hanya kerjasama dan sikap tolak ansur pihak di sebelah sana yang akan menentukan segala-galanya...
Sungguh kita di uji dengan dugaan yang paling hebat tahun ni....rasanya sejak tahun lalu pelbagai ujian di turunkan oleh ALLAH SWT kepada negara Malaysia..hanya DIA yang tahu percaturan segala perkara yang berlaku....hikmah yang di berikan dalam sesuatu peristiwa yang berlaku...hanya yang mampu kita lakukan...sentiasa berdoa dan terus berdoa kerana doa adalah senjata orang2 Mukmin.....
CIKMA : Salah seorang co-pilot penerbangan MH 17 ini merupakan adik kandung rakan sekolah Cikma ...terasa sebak melihat dan membaca post rakan mengenai adiknya...Al-Fatihah dan takziah di ucapkan kepada rakan..Fariz Rahim di atas kehilangan adik Muhamad Firdaus Abdul Rahim...semoga tenang serta di tempatkan di kalangan orang-orang beriman...juga Cikma minta seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar di permudahkan segala urusan untuk membawa mangsa-mangsa pulang ke negara kita secepat mungkin....
No comments:
Post a Comment