Thursday, 10 July 2014
Pilpres Indonesia 2014
Entri seterusnya...wah!!! semangat gitu yaa Cikma...:)
Rindu ini masih membara dalam hati...kangen benar Tanah Seberang...well...bilalah nak berkunjung ke sana lagi...:)....
Cerita sedikit...Tanggal 9 Juli (Julai) 2014 adalah tanggal yang di nanti oleh seluruh rakyat Indonesia...Pilpres atau Pemilihan Umum Presiden berlangsung di seluruh negara yang mempunyai penduduk seramai 190 juta orang itu...merupakan juga penduduk paling ramai di dunia yang beragama Islam...
Pasal apa Cikma masuk cerita ni di entri...seperti yang aku bilang..(ewahh!!!)...semasa pergi menapak di sana...memang sudah ada suasana pemilihan presiden yang sangat sibuk di sana di sini..baik kain rentang..bendera parti serta kesibukan calon-calon presiden meraih undi di dalam media televisyen dan juga radio serta laman sosial....
Cikma sempat melihat situasi tersebut semasa di sana...sempat snap 2,3 gambar kempen calon2 presiden tersebut...sempat juga bertanya pada tourist guide Cikma di sana bagaimana keadaan di Indonesia apabila pemilihan umum Presiden...yang pasti aku rasa seluruh penduduk Indonesia teruja memilih seorang Presiden yang boleh membantu mereka...
Kali ini Pilpres di tangani oleh dua calon atau lebih tepat 2 pasangan yang berbeza latar belakang dan pengalaman...pasangan JOKOWI - JK atau nama penuh mereka Joko Widodo dan Jusuf Kalla serta satu lagi pasangan lebih di kenali dengan PRABOWO - HATTA atau nama penuh Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa...yang menarik...mereka ini mewakili antara parti yang terbesar di Indonesia...(korang baca lah ekk dalam pakcik Google..hehehe)...serta calon2 Presiden ini mempunyai majoriti penyokong yang ramai...maksudnya mereka ini mempunyai hampir sama penyokongnya (50-50)...
Pemilihan Umum Presiden juga kali ini merupakan yang ketiga setelah Presiden sekarang Susilo Bambang Yudhoyono yang telah di pilih melalui sistem yang sama lebih kurang 10 tahun lalu...namun di sebabkan mengikut undang-undang negara mereka seseorang Presiden hanya boleh menduduki kerusi tersebut selama 2 penggal sahaja..jadinya PilPres perlu di lakukan...
Well...buat masa ini..kedudukan terkini yang Cikma tahu..calon Jokowi - JK mendahului undian melalui quick count iaitu sebanyak 51.9% berbanding satu lagi pasangan Prabowo - Hatta sebanyak 48.1%...Jumlah ini belum di sahkan benar kerana masih ada beberapa tempat lagi mengalami proses pengundian kerana kita tahu tanah jajahan Indonesia ini terlalu luas dan mempunyai bahagian pulau2 paling banyak di dunia...
Keputusan akhir akan di ketahui pada tanggal sama ada 21 atau 22 Julai ini...semoga di harapkan sesiapa pun yang di pilih atas tangan rakyat Indonesia menepati janji mereka untuk membangun dan menyatupadukan seluruh rakyat Indonesia Raya...semoga suksess!!!
CIKMA : Berdebar juga tunggu result...yang nyata calon2 Presiden Indonesia kali ini hebat2 belaka..walaupun berlainan sisi peribadi (seorang ahli usahawan , seorang lagi bekas Panglima Tentera Darat)..namun pastinya visi dan misi mereka adalah membantu rakyat mereka keluar dari belenggu kemiskinan dan kedaifan.....:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Still dalam mood raya haji....nak kte cam raya pose mybe x lah...slalu time raya pose lagi sronok kot sbb jmpe kengkawn lame n sedara mara.....
No comments:
Post a Comment