Orang kata...kalau kita nak maju ke depan atau nak berjaya...kita kena berubah....betul ke tidak???memang betul pun...tak betul sila bagi hujah bernas anda....hehehe
Ok2..tetiba cerita pasal berubah..emmm...well...semua sedia maklum...kawasan Parlimen Teluk Intan telah pun bertukar posisi daripada pembangkang (DAP) - Pakatan Rakyat kepada Gerakan (Barisan Nasional) dua minggu sudah ekoran kematian bekas ahli Parlimen Teluk Intan, mendiang Seoh Leong Peng kerana penyakit barah..
Kemenangan Barisan Nasional yang di wakili Presiden GERAKAN Datuk Mah Siew Keong dikatakan sebagai sirih pulang ke gagang ekoran beliau telah kalah bertanding semasa Pilihanraya Umum ke-13 tahun lepas kepada mendiang....tahniah sekali lagi Datuk...
Di akui Cikma tidak berkesempatan untuk pulang mengundi semasa PRK hari tu..rancangan ke Tanah Seberang telah di buat lebih awal dan tidak menjangka akan ada peristiwa ini berlaku, namun bukanlah aku ni tak nak ambil tahu pasal pilihanraya kecil walaupun tak memangkah...kerana terujanya..Cikma pulang seminggu sebelum pilihanraya untuk melihat sendiri betapa 'sibuknya' bandar Teluk Intan...
Yup...sangatttttttt sibuk bebenor...hehehe...sana sini masa tu perang poster telah pun bermula...teruja bila semua menteri turun...daripada yang paling tinggi hingga yang biasa-biasa sahaja...emm...kejutan demi kejutan berlaku di Teluk Intan...waima jalan juga makin cantik!!!! hehehe
Perang politik sana sini juga berlaku...sms bertali arus masuk...sila hadirkan diri di sana dan di sini...emm...ok...itu adalah keadaan biasa di mana-mana sahaja di seluruh dunia yang mengamalkan corak pemerintahan demokrasi...pilihanraya di jadikan landasan kita untuk memilih calon yang di rasakan layak menjadi wakil kepada rakyat yang biasa-biasa ini mengadu masalah itu dan ini...:)
Yang istimewanya kali ini (bagi Cikma yeee) calon pembangkang mewakilkan seorang gadis yang masih muda belia untuk bertanding merebut jawatan di Parlimen Teluk Intan...sebut sahaja nama Cik Dyana Sofya...pasti orang ramai akan ingat senyuman dan wajah manisnya itu..emm...wakil DAP yang juga merangkap Setiausaha Politik Presiden DAP Lim Kit Siang ini juga adalah bekas penuntut jurusan undang-undang...cukup teruja kerana beliau orang Melayu yang mewakili DAP...
Ok...cukup...tidak mahu cakap banyak...karang cakap lagi banyak...lagi banyak yang terkeluar...adehhh!!!!maybe kalahnya Cik Dyana Sofya kerana pengalaman dan mungkin juga dia bukan anak jati Teluk Intan...ataupun manifesto nya tidak cukup kuat mempengaruhi pengundi sebagaiman manifesto Datuk Mah Siew Keong..OK...done...Congrats Datuk Mah...semoga Teluk Intan lebih maju di bawah kepimpinan beliau....
CIKMA : Bangga jadi anak jati TELUK INTAN...:)...bangga nama Teluk Intan sangat 'popular' satu Malaysia sejak PRK tempoh hari...memang terbaekkkk arrr....:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...
-
Still dalam mood raya haji....nak kte cam raya pose mybe x lah...slalu time raya pose lagi sronok kot sbb jmpe kengkawn lame n sedara mara.....
No comments:
Post a Comment