IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Khamis, 12 Jun 2014

Perasaan teruja masih ada...

Assalam dan salam sejahtera...

Tajuk entri yang boleh blah!!!tak hinggatnye tajuk...hehehe...perasaan tu memang ada...teruja sampai sekarang...huhuhu..

Alhamdulillah...kesempatan sekali lagi...menapak ke luar negara dengan sedikit rezeki yang di berikan oleh Allah SWT.....terujanya bila aku dapat ke negara yang punya penduduk beragama Islam paling ramai di dunia...terujanya aku apabila dapat bertemu satu rumpun yang sama..terujanya aku dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan yang tidak ternilai...terujanya aku apabila aku jatuh cinta di sana..chop!!!!haaaa...ini memang boleh mendatangkan berita sensasi...full stop!!! hehehehe

Menariknya perasaan aku kali ini bila dapat membawa MAK melancong ke Tanah Seberang..gembira sebab ini merupakan jejak pertama MAK ke luar negara selepas bersara dari dunia pendidikan..

Ceritanya..MAK hampir-hampir tak jadi sebenarnya nak ke sana disebabkan keizinan ABAH yang pada mulanya setuju MAK pergi...dan lepas tu tak bagi pulak...emm..Cikma dan cousins dah merancang sejak bulan Januari lagi..siap dah buatkan passport untuk MAK..macam-macam perkara yang di fikir masa tu...keadaan ABAH yang tidak berapa sihat...adik Cikma yang masa tu tak tau posting di mana...dan kakak ipar yang due date bersalinnya hampir dengan tarikh kami pergi....so, segala benda yang Cikma fikir masa tu hanya berharap ABAH ubah fikiran..

Rancangan Cikma dan cousins selepas itu kena cari sorang lagi untuk cukupkan 4 orang...coz harga pakej lebih murah..tanya housemate macam tak nak..so..kami redho ajelah pergi bertiga..dan rezeki MAK barangkali akhirnya ABAH izinkan jugak...maybe tengok MAK excited mula2 dapat izin...pastu tak bagi pulak kan..muka MAK masa tu dah suram jerr....huhuhu..last2 MAK akhirnya dapat juga melancong bersama kami...:)

Hampir 5 bulan menunggu...akhirnya kami berlepas dengan selamat menuju ke JAKARTA dan BANDUNG..Alhamdulillah...dalam tempoh 5 bulan ni pun macam2 peristiwa yang berlaku lebih-lebih lagi dengan cerita MH370..tipulah kalau aku tak cuak nak naik kapal terbang..mesti perasaan takut tu ada..tapi kita berbalik pada qada dan qadar..rezeki, jodoh dan ajal di tangan ALLAH SWT..mati itu pasti..cuma kita tak tahu bila..betul kan???...dan ALHAMDULILLAH...syukur kami pergi dan pulang dengan keadaan selamat....

Satu lagi...sorry bebanyak kepada rakan-rakan di luar sana...diakui aku bukan jenis bercerita itu dan ini kepada orang..dah sahih baru cerita..hanya sorang dua yang tahu Cikma terbang ke Tanah Seberang..antara faktor2 nya ialah (hehehe siap bagi sebab ekk...) Cikma mahukan privacy bila ke luar negara...terus terang bukan kaki shopping segala bagai....kalau dapat pesanan...sorry bebanyak..tak terbeli dan tak pikir dan membeli untuk orang..kenkadang untuk sendiri pun sekadar ada sebagai tanda kenang-kenangan jer..huhuhu..

Dan kebetulan me'rahsia'kan kepemergian ku ini ke Tanah Seberang..sebenarnya mempunyai hikmah2 yang tidak terjangkau dalam fikiran..pertama..kebetulan PRK telah berlaku di Parlimen Teluk Intan..pada waktu aku berada di sana..jadi takdelah orang bercerita..kau dok sibuk berjimba-jimba di Seberang...tanggungjawab kau sebagai warganegara Malaysia tak buat kan!!!..hehehe...trully sangat terkilan tidak dapat mengundi bersama-sama penduduk kawasan Teluk Intan..tapi perancangan ke sana telah di rancang lebih awal..nak buat macam mana kan...

Satu lagi...berita kemangkatan Al-Marhum Sultan Azlan Shah..of coz Cikma di sana waktu itu sedih sangat..menitik jugak air mata ini di Tanah Seberang..nak seronok pun berpada-pada jugaklah waktu tu..so, nanti takdelah cerita..kau dok bersuka ria kat Seberang..dekat sini Sultan Perak mangkat...takde perasaan punya rakyat!!!huhuhuhu...

Jadi segala faktor di atas adalah ramalan Cikma kepada mereka2 di luar sana..hati orang ni kita tak tahu kan..depan kita baik...belakang ya ampunn...(paham2 sendiri ye)..sebelum Cikma kena sedass dengan orang lebih baik kita senyap dan diam2 ubi berisi....hehehe...kiranya langkah berjaga2 lah ni..dan terbukti berkesan!!!!

Well...nilah permulaan cerita perjalanan Cikma ke Indonesia....4 hari 3 malam di dua tempat yang berbeza iaitu Jakarta dan Bandung sebenarnya tidak cukup dan masih lagi banyak tempat yang belum di jejaki...namun, aku bersyukur sekali lagi..sekurang-kurangnya perjalanan hampir 1900+++KM ini sangat berbaloi dan memberikan kenangan manis yang sukar dilupakan...

*To be continue...*


CIKMA : Masih berhubung melalui lama sosial yang lain...cuma talian internet agak kurang dan slow sikit di sana...hehehe....:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails