Thursday 23 January 2014

Nikah ???? emmm....


2 minggu sudah menghadiri majlis perkahwinan rakan baik semasa menuntut di UiTM...10 tahun lamanya tidak ketemu...hanya bertanya khabar dalam facebook..emmm..cepat masa berlalu...

Sangat sebak sebenarnya melihat rakan dah mendirikan rumahtangga..nak kata tak ramai kawan dah bernikah ni dah banyak..biasa-biasa jer...tapi dengan rakan ni...memang tak terluah dengan kata-kata betapa suka nya aku tengok dia bersanding dan bahagia dengan suami tercinta...

Kisahnya..kerana dahulu Cikma dan rakan adalah student yang biasa2 jer...kami bukan student glamour..yang mana rakan2 lain duk sibuk ke hulu ke hilir dengan pakwe memasing...kami tak lawa...tapi manis tetap ada..ewahh!!!kami juga garang..tapi di sebalik garang ada lembutnya...kami tak berapa bijak..tetapi kami tetap pintar dalam mengolah kehidupan kami..kami bukan orang up to date dalam berfesyen...tapi kami berfesyen berlandaskan ajaran Islam..dan kami bukan jenis sosial girls..tapi kami bersosial dengan cara kami sendiri...hehe..

Pernah terfikir...kami ni takde orang nak...maklumlah kami berdua tak cantik u'alls...macam2 kami fikir..(giler tak fikir sebab keliling kami ramai dah berpakwe time study kat UiTM)..huhu..takut2 nanti dah tak laku bila dah tua...alih2..kuasa Yang Maha Esa yang mengatasi segala perancangan dan telahan manusia...setiap makhluk NYA di dunia ini memang di ciptakan berpasangan-pasangan...

Emmm...itu lumrah...Cikma happy for her...akhirnya jodoh yang di tunggu kunjung tiba...genggaman erat tangan rakan bila memegang tangan Cikma menjelaskan segalanya..bersungguh2 dia cakap.."aku doakan kau lepas ni naik pelamin..kahwin cepat-cepat...dan jangan lupa jemput aku nanti.." ...aku hanya galak dan tersenyum...dan pasti setiap doa rakan-rakan aku aminkan...tak pernah lah pulak aku cakap...takde jodoh or dah tua..hehe..sapa yang tak nak nikah kan...tapi percaturan ALLAH SWT...DIA tahu mana yang terbaik untuk kita...


Tipu ler kata kita tak terasa bila orang dok tanya bila nak nikah...kalau tahu ler bila...Cikma dah canang satu negara nak naik pelamin...hehe...kita memang tak tahu..dok jugak sibuk tanya keluar dating or pakwe kat mana...aikk...mana lah tahu...kalau tahu dah lama cakap..rasa2 kalau tengok Cikma ni jalan sensorang tak kiralah ke mana pun...itu tandanya aku ni still solo lagi...dah tak payah nak di tanya2 lagi...kenkadang runsing ok nak fikir menjawab macam mana dengan orang yang kurang sensitiviti ni..cuba faham perasaan orang yang berada dalam situasi macam aku...soalan2 merapu itu boleh buatkan kita stress!!!understand...:)

Satu jer..doakan aje yang Cikma bertemu jodoh...dengan siapa..di mana..bagaimana..itu ALLAH SWT punya kuasa...biarlah jodoh itu juga dari kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh...In Syaa Allah...doa itu sentiasa ada..tak pernah putus walaupun ada ketikanya aku terasa seperti berputus asa...bak kata MAK...doa itu senjata orang-orang Mukmin...:).........

CIKMA : Berangan tinggi melangit nak jodoh macam mana...huhu..salah satu faktor tu yang lambat bertemu jodoh...ALLAH SWT jer yang tahu apa yang terbaik untuk kita...betul tak???....

1 comment:

  1. Aku doa semasa di raudah supaya ko brtemu jodoh. ALLAH tu maha mndgr. Lmbt atau cpt je. Kalau tiada jodoh pun percylah Allah menunggu kau di sana

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...