Menyapa lembut cerminan di mata
Terasa ada yang sedang mengulit
Mimpi yang tiada pasti di mindanya
Lantas angin laut membawa perkhabaran
Sesuatu yang indah di pendengaran
Kakinya menapak deras
Ingin melihat dan mendengar perkhabaran itu sendiri
Namun di kala hati girang
Terselit satu kisah duka
Rasa rindu yang bertaut di hati
Menenggelamkan perkhabaran berita itu
Sayu di wajahnya terpampang jelas
Seringkali dia merasa tewas
Dengan perasaan sendiri
Bagaimana harus dia melangkah
Kerana dia tidak punya kekuatan
Dalam sedar, dia memandang
Jelas di matanya
Cahaya yang sinar dan terang
Mendekatinya sedikit demi sedikit
Lantas berhenti di hadapannya
Terserlah betapa indahnya cahaya itu
Betapa rindunya dia
Memandang cahaya yang satu itu
Sungguh hatinya tenang kembali
Cahaya yang indah mendamaikan diri
Hatinya berbunga seiring jiwanya
Rasa gundah sedikit demi sedikit hilang dalam fikirannya
Dan pasti di sebalik semua itu
Terselit kisah suka
Tersembunyi kisah duka
Apa yang jelas
Setiap yang berlaku itu
Pasti ada hikmahnya.....
CIKMA : Apabila stress...ini yang Cikma selalu buat...mencari idea menulis sesuatu di luar kotak fikiran...dan ada ketikanya terhasillah apa yang di baca di atas...:)
No comments:
Post a Comment