IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Sabtu, 16 Februari 2013

Perkara yang harus dielakkan selepas makan

Tips yang sangat berguna..Meh kita tengok..maybe kita pernah buat..so, lepas ni kita boleh elakkan..untuk kesihatan bersama..

1) Jangan makan buah selepas makan

Ramai menganggap buah di jadikan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tanggapan ini kurang tepat kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.

2) Jangan minum teh selepas makan

Asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protien di dalam makanan yang telah di makan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicernakan. Jika anda di sarankan agar minum air putih sahaja.

3) Jangan mandi selepas makan

Sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem percernaan perut anda.

4) Jangan banyak berjalan

Jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem percernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian anda.

5) Jangan tidur selepas makan

Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarakkan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnya satu atau 2 jam.

6) Jangan merokok selepas makan

Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Oleh itu, langkah terbaik ialah berhenti merokok.

7) Jangan bersenam selepas makan

Bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem percernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.



CIKMA : Seminggu cuti ni makan nasi kenduri jer...hehe..naik berat ni..lepas ni rejim balik ekk senaman anda Cikma oiii....:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails