Sunday, 13 December 2009

Musuh dan Sahabat Iblis.

Menurut riwayat Wahab bin Munbih, pernah terjadi peristiwa dimana Allah SWT memerintahkan iblis menemui Nabi Muhammad SAW dan menjawab segala pertanyaannya. Lalu iblis pun mengunjungi Baginda dengan menyamar sbg seorang tua bangka yang memegang sebatang tongkat.

Nabi bertanya : "Man Anta?" (Siapa anda?).
                        "Saya Iblis" jawabnya.
                        "Apakah maksudmu datang?" tanya Rasulullah SAW.
                        "Tuhan memerintahkanku supaya menemui anda dan menjawab segala pertanyaan anda"
                         jawab Iblis.
                        "Wahai Iblis, berapakah banyaknya musuh-musuhmu dari umatku?" tanya Rasulullah SAW.
                        "Lima belas orang " jawab Iblis.

15 MUSUH-MUSUH IBLIS :

1) Nabi Muhammad SAW.
2) Iman yang adil.
3) Orang kaya yang rendah hati.
4) Pedagang yang jujur.
5) Orang alim yang solatnya khusyuk.
6) Orang beriman yang suka memberi nasihat.
7) Orang beriman yang pengasih.
8) Orang yang taubat dan tetap atas taubatnya.
9) Orang yang tidak mahu berbuat kemungkaran.
10) Orang beriman yang sentiasa berwudhuk.
11) Orang beriman yang banyak bersedekah.
12) Orang beriman yang berkelakuan baik.
13) Orang beriman yang memberi manfaat kepada orang lain.
14) Orang yang mengamalkan dan terus menerus membaca Al-Quran.
15) Orang yang menegakkan ibadat pada waktu malam, sedangkan orang lain tidur dengan nyenyaknya..

Selanjutnya Rasululluh SAW bertanya pula, "Berapa banyak sahabat-sahabatmu dari umatku?"

10 SAHABAT-SAHABAT IBLIS :

1) Hakim yang tidak adil.
2) Orang kaya yang sombong.
3) Pedagang yang tidak jujur.
4) Peminum arak.
5) Penghasut kepada orang lain.
6) Orang yang beramal kerana ingin nama (riak).
7) Orang yang memakan harta anak yatim.
8) Orang yang mempermudahkan solat.
9) Orang yang tidak mahu berzakat.
10) Orang yang suka termenung (mengelamun).

Wallahualam.................

CIK MA : Ade x antara kita ni tergolong dalam sahabat2 Iblis?. Renung2kanlah...........

                    

2 comments:

  1. kadang2 itulah kejap jadi iblis, kejap jadi malaikat....thanks for the info...pas ni mesti aku insaf

    ReplyDelete
  2. welcome...same2 ler kte menginsafkan diri...amin....

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...