Sunday, 16 February 2014

Risaunya...


Risaunya seorang ibu,
Tika semakin hampir beliau melahirkan anaknya ke dunia...
Risaunya seorang ibu,
Tika saat anaknya sakit dan merintih
Risaunya seorang ibu,
Tika anaknya pergi ke meninggalkan dirinya apabila menginjak dewasa
Risaunya seorang ibu,
Apabila melihat anaknya bermuram durja
Dan...
Risaunya seorang bapa,
Tika melihat dompetnya semakin menipis
Risaunya seorang bapa,
Tika kurangnya rezeki pada hari ini
Risaunya seorang bapa,
Melihat anaknya berubah sikap
Risaunya seorang bapa,
Apabila anaknya pergi meninggalkannya
Risaunya seorang bapa,
Tika anaknya di ijabkabulkan
Risaunya seorang bapa,
Melihat anak berduka nestapa
Tetapi...
Risaunya seorang GURU,
Apabila segala kerjanya terbengkalai
Apabila buku-buku anak didiknya tidak bertanda
Apabila segala program di sekolah tidak dapat berjalan lancar
Apabila semua akses di talian jalur lebar tidak dapat di hubungkan
Apabila ada yang masuk campur urusan dirinya di sekolah
Apabila ada yang mengadu domba
Apabila ada yang menghasut di sana sini
Apabila ada yang mencabar krediabiliti dirinya sebagai seorang GURU
Emmm...guru....bersabarlah wahai guruku...
Kerana itulah guru..
Selagi bergelar guru..selagi itulah dia akan berkorban
Waktu dan tenaga..
Kerana sesungguhnya...
gelaran guru yang di tauliahkan akan tetap di pegang sehingga nafas yang terakhir.....


CIKMA : Bersabarlah wahai rakan-rakan sejawat di luar sana....huhuhu....

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...