IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Jumaat, 12 Julai 2013

1 BESTARINET FROG VLE Roadshow

Menjengah Sabtu minggu lalu ke SMK Pandan Mewah...memeriahkan 1BestariNet Frog VLE Roadshow di sana..kiranya macam kursus jugak ler..

1BestariNet Frog VLE ini merupakan satu prgram yang di perkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana di zaman serba pantas dan maju ni semua bentuk pendidikan akan lebih mudah dan pantas untuk murid-murid dan para pelajar belajar dalam keadaan yang lebih berdaya saing dan lebih maju ke hadapan terutama dalam bidang IT..lebih mudah..1BestariNet bukan sahaja memudahkan para pelajar malah warga pendidik juga boleh meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara pantas dan berkesan menggunakan hanya komputer, talian internet dan paparan mudah menerusi e-mel dan blog...

Mudah kan..dulu zaman Cikma belajar takde benda2 alah ni..kenal komputer pun masa form 4..hambik ko...memang jakun masa tu..dapat tengok monitor...tekan-tekan keyboard bagai..belajar terkedek-kedek nak kendalikan komputer..tapi sekarang..budak2 lebih maju dan pantas daripada kita ni haa..tu sebab pihak kementerian gunakan segala kemudahan jalur lebar yang sedang lebar kat Malaysia ni di gunakan sebagai alternatif pembelajaran yang lebih berkesan dan mudah kepada murid...ok2..senang citer...budak2 hanya perlu ada e-mel pastu tengok jer dalam e-mel tu kerja sekolah apa yang dorang kena buat..pastu..buat jer dalam e-mel tu dan kemudian hantar pada cikgu..cikgu plak hanya check e-mel tengok dorang dah buat tak kerja yang di suruh..senang nokk...dah tak payah menanda buku bagai...budak2 jugak boleh buat blog sendiri..so segala maklumat yang dorang belajar boleh di kongsi dalam blog mereka kepada rakan-rakan dari sekolah lain..begitu juga kepada guru..

Emm..zaman makin maju u'lls...harus lah kita kena ikuti..nak tak nak ekk...harap2 kita ni tak jadi hamba teknologi pulak!!!...hehe




CIKMA : Masih lagi terkial-kial guna komputer...haha!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails