Thursday 15 September 2011

BISKUT MUNCHYS HALAL

Salam dan sejahtera...mesti sejak 2 menjak ni korang dapat sms yang mengatakan biskut munchys keluaran kilang di Batu Pahat, Johor dikatakan tidak halal dan status yang meragukan....Cikma pun sangat lah terkejut...tetapi setelah Cikma ke portal HALAL JAKIM...mereka telah membuat kenyataan berhubung kes ini..rasanya semua dah tahu kot...tapi Cikma nak share dalam entri ni mengenai kenyataan daripada pihak HALAL JAKIM....

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENYEBARAN SMS PALSU BISKUT MUNCHYS


1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".
2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.
3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.
Sekian, terima kasih.


CIKMA : Sos Tobascos pun di katakan tidak halal....memang kita sebagai pengguna Islam perlu berhati-hati memilih produk yang halal....

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...