Wednesday, 9 October 2013

32


Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi...sudah 32 tahun bernafas di muka bumi...syukur yang teramat...masih di panjangkan umur untuk tempoh setahun lagi

Alhamdulillah...Cikma gembira dengan apa yang Cikma ada sekarang..walaupun kadang-kadang mengeluh..huhu...itu biasa...kita hanya manusia..tak pernah puas dan sentiasa rasa tak cukup...tapi kita kena berbalik pada takdir yang telah di cipta oleh Allah SWT untuk kita...namun sebagai hambanya kita boleh mengubah takdir itu jika kita sendiri mahu berusaha untuk mengubahnya..

Tiada apa yang Cikma pinta...bersyukur dengan apa yang ada...ada keluarga yang cukup sempurna, ada ilmu dan pekerjaan yang mulia, ada rezeki yang tidak pernah putus dan ada rakan-rakan serta saudara mara yang sentiasa di sisi..Cikma berharap di berikan kesihatan yang baik dan di panjangkan umur serta sentiasa di murahkan rezeki selalu..dan paling utama...doa yang sentiasa tidak pernah putus (In Shaa Allah)..agar di percepatkan jodoh Cikma hendaknya...memiliki keluarga sendiri...In Shaa Allah..

CIKMA : Mahu sentiasa sabar dan tabah dalam menempuh ranjau kehidupan di muka bumi ini...dan bersangka baik dengan semua orang...:)

Monday, 7 October 2013

TETAP MENANTIMU - OST SLOT AKASIA TV3 Love You Mr Arrogant

Dah tengok..kompem semua tengah tengok kan..drama yang sedang hangat sekarang di TV3 slot akasia Love You Mr Arrogant. Adaptasi daripada novel...well dah jadi macam satu trademark cerita pulak..semua nak adaptasi novel..emm skrip takde ke ye..atau kerana permintaan penonton yang sedang angau membaca novel macam Cikma..hehe

Tapi memang kadang-kadang tu trend semasa penerbit memang kena ikut...pembaca novel kat Malaysia ni ramai tau..dan iannya bertambah sehari ke sehari..so, penerbit drama memang dapat merasakan rating drama mereka akan meningkat kerana pembaca novel akan ikut lihat drama adaptasi ni

Layankan ini..lagu tema Love You Mr Arrogant..Serius Cikma tak pernah baca novel ni..sebab ada kawan beritahu novel ni biasa-biasa jer..so, Cikma just nak tengok drama dan it's not bad..maybe drama lebih best daripada novel..rasanyalah...so..enjoy friends..










CIKMA : Suka tengok lakonan heroin cerita ni..pelakon baru tapi boleh tahan lakonannya..selamba dan tak kaku..first episod tengok dia berlakon Cikma dah meleleh air mata..hehe

Saturday, 5 October 2013

Kursus KSSR Pend. Seni Visual Tahun 4 2014

Cikgu-cikgu sekarang terutamanya cikgu tahun 4 sibuk dengan kursus KSSR sana sani. Kalau ikutkan satu Malaysia lah..dok berkejar ke sana sini menghabiskan kursus mengikut opsyen ni.

KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) yang telah di mulakan sejak tahun 2011 lagi. Dah nak masuk tahun ke-4. Ada pro dan kontra nya kurikulum baru ni. Baik untuk guru dan juga murid. Apa yang pasti bertambahnya kerja guru itu adalah satu perkara biasa. Kerja yang tak pernah habis. Tapi, itulah hakikat. Mana ada kerja yang senang. Kalau nak senang duduk jer rumah. Ye tak???

Cikma berkesempatan menghadiri kursus KSSR Pendidikan Seni Visual Tahun 4 di SK Taman Puteri minggu lalu. Pertama kali ke sekolah tu, dan pertama kali juga mendengar nama sekolah. Seperti biasa kalau dah tak familiar Cikma terpaksa meng'google' di dalam maps nak tengok sekolah tu. Lepas goggle pun masih tak faham lagi nak ke sana. Minta tolong rakan sejawat, nasib ada yang tahu. Lukis lah pelan ke sana. Dah lukis pelan pergilah mencari sekolah tu...emm tak lah sesat pun..hehe...saja mengada lebih Cikma..tu pun cari sekolah ada co-pilot kat sebelah untuk tengok pelan. Memang lah kan Cikma...lain kali pergilah berjalan..takdelah jakun sangat nak pergi tempat lain..ni balik2 Pandan Indah - Sekolah...hehe..nak pergi Mid Valley pun tergagau-gagau mencari jalan..choii sangat!!!

Ok2...abaikan kisah Cikma yang sengal ni..cuma di sini Cikma nak kongsi sikit apa yang kami buat sepanjang kursus selama 4 hari. Di bahagikan kepada 18 kumpulan untuk 18 tajuk yang perlu kami buat sebagai Rancangan Tahunan. Bila dah di berikan kumpulan..of coz ada bengkel dan pembentangan. Cikma walaupun opsyen Seni..tapi seperti biasa semua benda macam ingat-ingat lupa. Tahun ni pulak tak ajar Pend. Seni, so memang lupa terus lah istilah-istilah seni...

Apa-apa pun thanks lah pada kawan2 yang banyak tolong, actually malas nak kata kita tahu, karang kalau kita tahu banyak...kita ajelah yang kena buat..kan..hehe...so, layankan sikit gambar semasa di sana..






CIKMA : Nasib jugak dapat kawan2 group yang sporting morting gitu...dan nasib gak dapat kawan yang jadi JU untuk kursus ni..senang sikit lah nak mintak maklumat dan bahan..thanks a lot..

Thursday, 3 October 2013

Program Jaringan dan Silang Budaya SKPI - SK PEDU 2013

Alhamdulillah..sebenarnya program ni yang membuatkan Cikma macam ala-ala tidur tak lena..mandi tak basah..makan tak lalu..tapi bila program ni berjalan dengan baik dan telah pun selesai..Cikma bersyukur sangat..sekurang-kurangya habis satu kerja yang di anggap mencabar lah jugak..

Walaupun merangkap setiausaha..tapi banyak yang Cikma kena settle...bertegang urat dengan ketua program, di tambah dengan kerja-kerja lain di sekolah dan macam-macam lagi lah membuatkan Cikma sedikit stress...Cikma pun nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sejawat yang banyak membantu sepanjang program dan sebelum program berlangsung..

Satu ilmu baru sebenarnya Cikma dapat dalam program ni..sekurang-kurangnya dapat mengetahui selok belok bagaimana membuat satu lawatan yang membabitkan murid-murid..bermula daripada kertas kerja hinggalah kepada hari kemuncaknya..pengalaman yang mungkin akan di gunakan di sekolah lain..:)

Program Jaringan dan Silang Budaya ni merupakan julang kali nya sekolah Cikma lakukan..program bersama SK PEDU, KEDAH..kenapa PEDU???sebab ketua program nya orang sana (hehe)...program di mana murid-murid sekolah CIKMA (SK Pandan Indah) akan di jadikan anak angkat kepada sebahagian orang-orang kampung di sekitar kawasan kampung di PEDU, kiranya SK PEDU menjadi tuan rumah dalam program ni

Antara objektif program ni adalah untuk mendekatkan murid-murid mengenai suasana dan kegiatan orang-orang kampung di sekitar PEDU. Selain itu merapatkan ukhwah antara rakan-rakan baru di sana....banyak aktiviti yang di jalankan, antaranya melawat ke kilang beras, pergi ke kolam memancing, melihat kawasan penanaman padi, ke Muzium Padi, Kedah dan melawat Pekan Rabu..

Walaupun penat, rata-rata murid-murid beritahu Cikma mereka suka sangat menyertai lawatan ini...terutama mak ayah angkat diorang yang layan mereka dengan baik..siap bagi hadiah dan wang lagi...dan ramai juga mak ayah angkat ni beritahu Cikma yang mereka tak puas melayan anak-anak angkat..sebab program ni terlalu singkat di tambah dengan jadual program yang padat...budak-budak tu pun hanya semalaman jer kat rumah mak ayah angkat mereka..emm..takpelah..lain kali kita buat lama sikit naaa...

Apa-apa pun..Cikma lega program ni berjalan dengan baik..walaupun ada beberapa kelemahan..tapi bagi aku program ni berjaya dan mencapai matlamat..Di sini juga Cikma nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan sejawat yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ni...segala kelemahan itu datang nya daripada Cikma sendiri dan yang baik itu daripada ALLAH SWT..rasanya rakan-rakan sejawat pun enjoy dan happening berada di PEDU kan!!!sambil menyelam minum air..sambil jaga bebudak kita bercuti kan...hehe..anyway..terima kasih sekali lagi....

Layan kan sikit gambar-gambar yang sempat di snap...

Nama program : Program Jaringan dan Silang Budaya
Tarikh              : 13,14 dan 15 September 2013
Tempat            : SK PEDU, KEDAH
Anjuran           : PIBG SK PANDAN INDAH dan PIBG SK PEDU









CIKMA : Kenangan yang tak boleh di lupa di sana...makan..makan...makan..hehe..suka sangat makanan kampung atau masakan utara..memang membuka selera betul...lepas tu pergi mana-mana asyik makan jer kerjanya...serius!!!dah tak kisah diet pun...rezeki kan...orang dah bagi...takkan tolak pulak..hehe..that's why Cikma fall in luv dengan orang-orang kampung kat sana....:)..selain tu, kami cikgu-cikgu pun terharu dengan sambutan yang di berikan oleh SK Pedu..memang sangat terharu rasanya..kami tak sangka di sambut sebegitu hebat...Terima Kasih di ucapkan kepada semua guru SK PEDU!!!semoga kita bersua kembali...:)

Tuesday, 1 October 2013

October...Again


it's October again..yaaa...kejapnya masa berlalu..dah 10 bulan untuk tahun 2013 ni...pejam celik dah nak hujung tahun..seperti biasa..pengakhiran bulan-bulan di hujung 2013 ni lah banyak aktiviti yang di jalankan di sekolah..

First...SKPI akan mengadakan Hari Sukan pada Ahad ni..emm..bulan lepas...aktiviti penuh jugak..bermula dengan Rombongan Cik Kiah ke Pedu, Kedah (ni nanti Cikma cerita) dan minggu lepas Perkhemahan Perdana Unit Beruniform di Janda Baik, Pahang (ni Cikma tak boleh nak cerita sebab tak pergi..hehe)...

Lepas habis sukan...murid-murid perlu beri perhatian kepada Peperiksaan Akhir Tahun..penentuan kedudukan kelas bagi tahun hadapan..emm...Cikma tak nak cakap banyak..apa yang dah Cikma sampaikan kepada anak-anak didik...itulah yang mereka dapat dan harapan agar gunakan segala ilmu yang di berikan sebaik mungkin semasa exam

After exam..pelbagai aktiviti yang padat akan berlaku di sekolah sehinggalah penutup persekolahan..huhu..banyak wooo program...memang cikgu-cikgu akan sibuklah nanti..takpe2..nak cuti panjang kan..kenalah buat kerja lebih...dah nama pun kerja kan...mana pernah habis...hehe...buat sehabis baik ekk kengkawan....:)

CIKMA : Seperti biasa...bulan Oktober adalah bulan yang di nanti-nantikan oleh saya....hehe

Monday, 30 September 2013

Friendship Forever...In Shaa Allah


Feeling wonderful, blessed and great!!!..Alhamdulillah..since 1999..kami tak pernah berjumpa..semalam..adalah harinya...suka2..:)

Kesibukan kerja dan kekangan masa barangkali menyukarkan kami untuk bertemu..well..trully..Cikma rasa bangun pagi hari ni sangat happy hanya di sebabkan pertemuan kami semalam..why???ni Cikma akan cerita..

Persahabatan kami bermula sejak sekolah rendah lagi..actually kami dah jadi rakan sekelas sejak tahun 4 hingga 6..tapi we all separated apabila masuk sekolah menengah..until then, kami berpisah sementera hinggalah kami di pertemukan semula tahun 1999 semasa kami ambil lesen memandu sama-sama..

After that, kami 'berpisah' sekali lagi..masing-masing bawa haluan dengan Cikma sambung belajar di UiTM dan kawan Cikma ni di UIA..masa tu kan takde handphone..so memang susah lah sikit nak contact each other..tapi Cikma tahu dia sambung belajar di sana hanya melalui telefon rumah dan rasanya ada kami tukar-tukar kad raya..(lupa sekejap!!!)

Sejak itu..kami macam lost contact..tapi Cikma still ingat dia as a bestfriend...memang aku rapat dengan dia time sekolah rendah..ke mana-mana berdua..macam kembar lah kan!!!haha..kami pun sama kepala dan sama 'saiz'..serta sama garangnya..memang orang kata macam kembarlah..sorang jadi pengawas sekolah, sorang jadi pengawas library..so, ketegasan kami ni dah nampak dari situ..emm...kekekeke

2010...masa tengah giler ber'muka buku'..Cikma mula terdetik nak cari dia di laman sosial ni...dan akhirnya..dapat jumpa semula 'kembar' Cikma ni..haha yang best..dia cari nama Cikma tak dapat coz pakai nama samaran..hambik lah kan ko nie Cikma!!!nasib dia pakai nama sebenar..(Masyarah Zuliawati)..kalau tak..sampai laaa tak jumpa..

Dok sibuk bersembang, pm dalam facebook...akhirnya we all decided nak jumpa semalam...kawan minta pertolongan..dan Cikma willing to helping her...pertolongan yang kecil jer...tapi berkemungkinan akan jadi satu turning point untuk dia berjaya di masa akan datang dalam bidang yang dia ceburi...apa yang pasti..walaupun kami berlainan bidang pekerjaan..Cikma salute dia as a friend...teacher and lawyer...beza kan!!!tapi perbezaan itu takkan membezakan pendapat dan pemikiran kami..hehehe...statement sengal aku!!!

Hopefully..our friendship will last forever...In Shaa Allah...and Cikma bersyukur...kita hilang satu kawan..Allah gantikan pula dengan seorang kawan yang lain...betul tak..jangan sedih lagi Cikma...dan satu lagi ingatan untuk diri...jangan mudah membuat musuh..kelak kita juga yang akan merana..lupakan apa yang berlaku...dan yang penting...berkawanlah seramai mana pun...janji kita tak menyusahkan orang lain...peace yoo!!!

CIKMA : Berkawan biar beribu..berkasih biar satu..(tak boleh berkasih banyak-banyak ekk..hahaha..)

Tuesday, 17 September 2013

Permulaan...Pengakhiran...


Di garis permulaan itu
Telah titipkan satu nota
Bersama pena yang menari-nari di atasnya
Melakari setiap inci permukaan yang indah
Kepada setiap saat yang berlaku....

Di garis permulaan ini
Tersingkap satu rahsia
Yang pasti tiada sesiapa yang tahu
Apa yang tertulis di atas nota itu
Kerana permulaannya pasti ada pengakhirannya

Di garis pengakhiran itu
Ada satu kisah, satu rahsia, satu perjanjian
Janji yang telah tertulis
Di atas janji insan bernama makhluk Tuhan
Beserta penciptaNYA
Tiada siapa yang mengetahui
Maksud di sebalik pengakhiran kisah ini

Di garis pengakhiran ini
Apabila janji itu telah di meterai
Apa sahaja kuasa tidak dapat di tandingi
Dengan kuasa Sang Pencipta
Kerana di akhirnya..
Kita di angkat ke satu kawasan yang sama
Di mana permulaan kita..di situ juga pengakhiran nya
Menanti setiap detik...
Hukuman demi hukuman
Timbangan demi timbangan
Keadilan demi keadilan
Yang pasti permulaan dan pengakhiran kita
Hanyalah untuk MU YA ALLAH...


CIKMA : Al-fatihah kepada mereka yang telah pergi.....


Saturday, 31 August 2013

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 tahun


Selamat menyambut hari Kemeredekaan negara kita iaitu Malaysia yang ke-56 tahun...sentiasa berfikiran Merdeka dan dalam masa yang sama merdekakan diri daripada segala anasir jahat dalam minda dan hati...kerana apa yang berlaku di sekeliling kita adalah berpunca daripada hati dan minda yang belum 'Merdeka'..........:)

CIKMA : Hidup dan mati ku nanti biarlah di tanah tumpah darahku..Malaysia..:)

Friday, 30 August 2013

HaRGai aKU - Armada

Salam sejahtera....lagu lagi ye kengkawan...melayan lagu meleleh jer sekarang ni...choii sangat...haha....tapi best lagu ni...auww..terasa dalam hati...




CIKMA : Statement di muka buku mengejutkan all my bff...aduhai kengkawan...jangan risau lah ye..akan di beritahu berita baik itu kelak kalau sudah sampai seru...:)


Sunday, 25 August 2013

Sandiwara Cinta - Repvblik

Salam dan sejahtera...

Rindu..sangat rindu...mood untuk update semakin menghilang sebenarnya...nak kata banyak keje time ni takdelah sangat...nak kata takde benda nak kongsi..memang banyak..emm..ntahlah..susah nak mencari balik mood nak menulis entri di blog...huhu..

Ok2..permulaan nya ini..layan dulu lagu ni...aduh!!!kenapa ye lagu-lagu indo ni buat kita mudah jatuh cinta..sekali dengar terus suka...yang ni..dalam sebulan Cikma melayan...sedap jer kat halwa telinga ni..sesuai lah untuk orang-orang yang tengah bercinta melayannya..oppss!!!bukan Cikma...haha...meh2 layan....:)




CIKMA : Nak mencari yang terbaik memang sukar...:)

Thursday, 8 August 2013

Salam Lebaran 1434 H

Salam dan sejahtera...
Lama sungguh tak bersiaran...maaf..terlalu sibuk dan ada beberapa perkara yang berlaku sejak 3 minggu ni..emmm pada rakan2 yang tahu dan prihatin...Cikma ucapkan terima kasih...

Di kesempatan ini, Cikma memohon  ampun dan maaf di atas segala salah dan silap Cikma sepanjang pembabitan Cikma dalam dunia penulisan blog serta kepada rakan2 yang mengenali diri ini. Salam Aidilfitri dan semoga berbahagia di hari lebaran tahun ini......



CIKMA : Tahun yang sibuk

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...