Tuesday 17 September 2013

Permulaan...Pengakhiran...


Di garis permulaan itu
Telah titipkan satu nota
Bersama pena yang menari-nari di atasnya
Melakari setiap inci permukaan yang indah
Kepada setiap saat yang berlaku....

Di garis permulaan ini
Tersingkap satu rahsia
Yang pasti tiada sesiapa yang tahu
Apa yang tertulis di atas nota itu
Kerana permulaannya pasti ada pengakhirannya

Di garis pengakhiran itu
Ada satu kisah, satu rahsia, satu perjanjian
Janji yang telah tertulis
Di atas janji insan bernama makhluk Tuhan
Beserta penciptaNYA
Tiada siapa yang mengetahui
Maksud di sebalik pengakhiran kisah ini

Di garis pengakhiran ini
Apabila janji itu telah di meterai
Apa sahaja kuasa tidak dapat di tandingi
Dengan kuasa Sang Pencipta
Kerana di akhirnya..
Kita di angkat ke satu kawasan yang sama
Di mana permulaan kita..di situ juga pengakhiran nya
Menanti setiap detik...
Hukuman demi hukuman
Timbangan demi timbangan
Keadilan demi keadilan
Yang pasti permulaan dan pengakhiran kita
Hanyalah untuk MU YA ALLAH...


CIKMA : Al-fatihah kepada mereka yang telah pergi.....


No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...