Monday 3 November 2014

Perlawanan yang...awesome!!!...Piala Malaysia 2014






Sangat awesome!!! kekekeke.....

Walaupun bukan team negeri kelahiran Cikma...tapi teruja nak tengok tu sama jer rasanya...

Dah lama tak di sajikan final Piala Malaysia yang bagi aku sangat menarik, mendebarkan, dan best gilerrr!!! hehehe...pertemuan dua buah negeri yang sangat power kott!!!...kira nak tengok sapa paling layak di gelar pasukan bola sepak di geruni  di Malaysia...

Perlawanan final Piala Malaysia 2014 Sabtu lalu antara negeri Pahang dan Johor merupakan perlawanan yang di tunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak di Malaysia...sapa yang tak nak tengok kottt...satu pasukan yang punya all-star player dan pernah di gelar pasukan Chelsea Malaysia...satu lagi pasukan yang punya semangat juang yang tinggi serta antara pasukan bola sepak yang konsisten sepanjang tahun ini...

Ramai yang ramal pasukan Negeri Johor aka Harimau Selatan yang bakal juara Piala Malaysia...tapi rezeki kali ni masih lagi menjadi milik pasukan bola sepak Pahang aka Tok Gajah...tahun lalu mereka Juara Piala Malaysia 2013 mengalahkan negeri Kelantan.....

Memang best tengok sepanjang perlawanan...takde boring pun...suka jugak tengok gelagat para penyokong kedua-dua team...memang teringat balik zaman Cikma suka bertandang ke stadium dulu...

Sangat rindu...sebenarnya,...bila tengok team negeri lain masuk ke pentas final Piala paling berprestij di Malaysia...entah bila nak tengok team Negeri Perak aka Seladang ni nak merasa masuk final Piala Malaysia...last sekali yang aku ingat tahun 2001...masa tu menentang team Negeri Terengganu aka Penyu..tapi kalah dengan mereka...tahun sebelumnya iaitu 2000...kami menang Piala Malaysia lawan dengan team Negeri Sembilan aka Hoben Jang Hoben..tulah last kami dapat Piala tu....

Emm....biasalah adat permainan kan...ada menang ada kalah...ada pasukan yang baik tahun ni..tapi tahun depan pretasi permaianan turun pulak....itulah dia namanya permainan bola sepak...ye dak...anyway...tahniah sekali lagi team bola sepak Pahang yang menewaskan team negeri Johor dengan penentuan penalti 5-3 (mereka seri dalam masa penuh dan masa tambahan 2-2)...bukan rezeki team Harimau Selatan ye dak....walaupun team Tok Gajah bermain 10 jer....emmm...tak ada luck kata orang....:)

CIKMA : Minat tengok bola bukan beerti minat gak main bola...betui tak kengkawan....:)

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...