Wednesday 3 April 2013

Parlimen di bubarkan hari ni

Berita yang di nanti-nantikan sejak tahun lepas..akhirnya telah di umumkan hari ni..tepat pukul 11.30 pagi tadi YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen..

Source : Berita Harian Online

#PRU13 #GE13 Pembubaran mendapat perkenan Agong

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, pembubaran Parlimen mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agung, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Perdana Menteri berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong jam 8.25 pagi ini di Istana Negara, di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Beliau kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, jam 9.30 pagi.

Pengumuman itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet.


#PRU13 #GE13 PM minta kerajaan negeri bubar DUN serentak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing; kecuali Sarawak berkuat kuasa pada tarikh sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Sementara itu, empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor dilaporkan sepakat membubarkan DUN masing-masing serentak dengan Parlimen.

Setakat ini, hanya DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac 2013 apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam sebelumnya, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di Negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.





CIKMA : Sudah sedia nak mengundi...huhu

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...