Friday 5 April 2013

imPIan TerCaPaI..HO CHI MINH, VIETNAM..MAC 2013

Alhamdulillah...rasanya hampir kebanyakan rakan sejawat dah tahu Cikma ke mana cuti sekolah hari tu..tapi yang pasti ramai yang terkejut..tetiba dah terbang bagai tanpa satu bunyi pun..bunyi??/hehe..suprise!!!

Memang tak merancang beritahu pada semua rakan kecuali family..bukan apa..takut bagitau awal-awal nanti tak jadi pulak macam sebelum ni..rancang bagai nak rak last-last tak jadi..Cikma tahu dorang sangat terkejut..yelah ribut tak de angin taufan pun takde..alih-alih dah ada kat negara orang masa cuti tu..memang plan berjaya!!hehe..Cikma just bagai tau di muka buku bila dah sampai ke HO CHI MINH..sorry ekk bebanyak pada kengkawan especially rakan-rakan sejawat...:)

Impian Cikma nak pergi ke negara orang dan nak naik kapal terbang tercapai jua...hampir 3 tahun menanti dan menunggu..ALLAH SWT kabulkan jugak impian aku ni...berkat sabar barangkali..tidak di rancang pun..semua secara kebetulan dan terlalu pantas rasanya..namun..semua nya berjalan dengan lancar

Di ajak oleh sepupu..masa tu pun dah nak dekat tarikh tutup nak ke sana..Cikma pun cepat-cepat bagi beberapa maklumat dan dokumen penting pada dorang..isi borang perjalanan semua..time tu tak silap masa cuti Tahun Baru Cina..dah settle Cikma pun duk rileks lagi..time tu nak kata teruja takde sangat..maybe tarikh pergi tu lambat lagi...

Lebih kurang dua minggu sebelum berangkat Cikma dah mula prepared sikit-sikit..pertama aku pergi tukar duit..hehe...kali pertama ke luar negara dan jugak pergi ke money changers..rasa macam jakun plak..tukar duit mata wang asing...dapat maklumat daripada rakan sejawat tukar duit dalam dua versi..satu duit DONG dan satu lagi US DOLLAR..

Pastu Cikma prepared plak beli barang keperluan..bukan nye beli apa pun..just kasut jer..tu pun yang murah..sebab terpikir  mesti kami ni banyak berjalan..so, pakai sandle mungkin tak sesuai..dan Cikma pun di minta bawak beg yang sesuai..sebab takut kalau pakai beg tangan jer kita tak tahu negara orang macam mana kan..kot2 ramai plak pencuri dan penyeluk saku..

Dah settle semua tu..barulah Cikma rasa teruja..sebenarnya teruja lebih kepada nak naik kapal terbang..nak merasai naik kapal terbang ni dah terlalu lama rasanya..hehe..kali pertama naik..haha..hambik rasa gayat pun ada...takut pun ada..memang sepanjang perjalanan tu mata memang tak boleh nak tutup..duk perati keliling dan tengok view dari atas udara..memang best!!yelah first time kan..orang nak kata jakun ke apa..aku tak kisah wei...janji impian dah terlaksana...

Ho Chi Minh..merupakan destinasi pilihan...ibu negara Vietnam..bukan listed negara impian..tapi bila peluang di depan mata..aku memang tak kisah nak pergi ke negara bekas komunis tu..yang penting impian nak tengok negara orang jugak telah terlaksana..bagi aku tak kira berapa kos nya masa tu aku sanggup..lagi pun bila di kira balik..memang mampu pergi..(hehe)..dan aku pun di temani dengan sepupu-sepupu yang sememangnya jugak kali pertama pergi ke luar negara..so, keterujaan kami ni terlampau sikit lah..heh

Ok..nanti aku sambung lagi..Cikma akan cerita dari first day until last day di HO CHI MINH, VIETNAM...


CIKMA : Rasanya kan kalau kita tak rancang sangat selalunya jadi..betul tak..so pasni..jangan le nak merancang bagai...ada jer peluang terus pergi kan..lagi senang...:)..takde serabut kepala otak..

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...