Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B :
1. Bertenang
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
2. Bernafas secara dalam
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
3. Berkata : Relakslah (ni selalu aku guna sekarang!!!..emmm nampak hasilnya....)
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
4. Beribadat
Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
5. Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
6. Berurut
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
7. Berehat & mendengar muzik
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
8. Beriadah
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
9. Bersenam
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
10. Berfikiran Positif
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Tak nak letak gambo orang stress...jadi Cikma letak gambo cantik ni...biar cool sikit kan!!!
CIKMA : Selawat nabi banyak-banyak...Insyaallah hilang stress kita...:)..lagi satu amalkan makan coklat...boleh buat kita tenang sikit.....
memasak pun boleh hilangkan stress tau hihihi
ReplyDeletemana nak pi berurut yer??
ReplyDelete