Wednesday 8 September 2010

Menjelang SYAWAL...

Menjelang SYAWAL...

Ramai orang dah berpusu-pusu balik ke kampung halaman...dah prepared macam-macam seminggu sebelum bertolak ke kampung..yang ada famili..mungkin bonet kereta tu penuh dengan beg dan segala macam..yang bujang..apa yang penting je di bawak balik..bagi suami isteri..giliran masing-masing ke kampung adalah satu rutin setiap tahun..tapi adakalanya menjadi satu perang dingin pulak antara mereka bila tiba bab balik kampung ni..yang mana satu harus di dahulukan...anak-anak..tak kisah sangat..janji boleh balik jumpa atuk dan nenek serta sepupu sepapat mereka...enjoyz....


Menjelang SYAWAL...

Jalan-jalan di sekitar Malaysia penuh sesak dengan kenderaan bersimpang siur dan berpusu-pusu menuju ke kampung halaman...tidak kira highway, jalan federal, jalan bandaran, jalan kampung, jalan apa-apa sahaja penuh dengan kereta...kesesakan laluan kenderaan adalah satu perkara wajib yang akan di tempuhi oleh setiap pemandu di Malaysia setiap kali menjelang musim perayaan...jangan lupa dengan OPS SIKAP...setiap tahun pasti ada beratus-ratus saman di keluarkan..belum lagi dengan kemalangan yang sering kali berlaku sepanjang perayaan nanti...di harap agar para pemandu sentiasa memandu dalam keadaan berhemah dan berhati-hati...ingatlah orang tersayang...



Menjelang SYAWAL...

Stesen bas, teksi, kereta api, kapal terbang penuh dengan manusia yang ingin pulang ke kampung sempena menyambut Hari Raya...beratus-ratus bas akan memenuhi lebuh raya dan jalan raya untuk membawa para penumpang menuju destinasi masing-masing...ada lagi yang masih beratur membeli tiket di saat-saat akhir menjelang Syawal..ada juga yang kecewa kerana tiket kehabisan...sememangnya suasana ini hanya akan di rasai apabila sambutan Hari Raya menjelang tiba....


Menjelang SYAWAL...

Persiapan di dapur bertambah meriah..pelbagai jenis biskut dan kek di hasilkan untuk santapan para tetamu..itu belum lagi segala jenis rendang, ketupat, lemang, lontong dan sebagainya akan di hidangkan semasa Hari Raya nanti...bagi para ibu, mereka akan bertungkus lumus di dapur memasak masakan yang enak-enak untuk keluarga dan saudara-mara...sanggup bersengkang mata dan memerah keringat menghasilkan  juadah yang enak dan sedap...bagi yang berkemampuan..tempahan katering lebih mudah dan senang untuk menjimatkan tenaga..namun kemeriahan memasak itu tidak akan di rasai seperti mana mereka yang memasak bersama-sama ahli keluarga..:)





Menjelang SYAWAL...

Setiap kali Hari Raya..tidak sah kalau kita tidak di jamukan dengan pelbagai rancangan hiburan yang menarik daripada stesen-stesen televisyen mahupun stesen radio...jika stesen radio menyajikan lagu-lagu Raya daripada versi baru dan lama serta kekerapan mereka memutarkan lagu Raya di radio, stesen televisyen juga telah menayangkan sedutan tayangan kepada para penonton untuk menarik perhatian mereka memilih cerita yang sesuai di tonton sempena Hari Raya...filem-filem box-office serta drama-drama berkisar Hari Raya dan konsert artis-artis pujaan menjadi pilihan terbaik stesen televisyen untuk menarik minat penonton.....


Menjelang SYAWAL...

Terdengar bunyi mercun dan meriam sana-sini..rumah-rumah di hiasi lampu berwarna-warni serta pelita..kanak-kanak riang bermain bunga api..namun kemeriahan bermain mercun dan bunga api adakalanya mengundang padah..sana sini terdengar cerita yang kurang enak..putus jari, buta mata, melecur dan sebagainya..memang sudah jarang kita mendengar bunyi mercun serta melihat kanak-kanak bermain bunga api..tetapi..kemeriahan menyambut SYAWAL tetap terasa dalam sanubari setiap umat Islam.....


Menjelang SYAWAL...

Persiapan terakhir..mengemas rumah, mencuci baju baru, mengecat rumah dan pagar, memasang langsir baru, menukar sofa baru, menambah koleksi pinggan mangkuk, mengisi biskut raya dalam balang kuih. menukar hamparan permaidani...semua nya baru..namun..harus di ingat...janganlah terlalu membazir walaupun setahun sekali menyambut SYAWAL...jangan lupa kita kenalah beringat dan banyakkan lah sedekah jika ada lebih rezeki yang di berikan oleh ALLAH SWT...zakat fitrah dah bayar ke belum???yang belum bayar harap di bayar secepat mungkin..masih boleh berbuat demikian sehingga Hari Raya Pertama....


Menjelang SYAWAL...

Semakin penghujung lah bulan RAMADAN..bulan penuh keberkatan, bulan penuh kemuliaan, semakin sayu dan rindu kerana akan berakhirlah bulan suci ini..adakah kita akan di panjangkan umur untuk tempoh setahun lagi bagi menyambut bulan RAMADAN???hanya ALLAH SWT yang MAHA MENGETAHUI..Sesungguhnya hati teramat sedih kerana terpaksa berpisah dengan bulan penuh rahmat ini..RAMADAN..hadir nya satu rahmat, hadir nya memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dan hadir nya memberikan ketenangan dan kebahagian dalam diri..kerana mu RAMADAN...setiap saat dan detik-detik terakhir ini akan ku gunakan sepenuh hati...Insyaallah..moga ku harapakan agar di panjangkan usia agar bertemu bulan RAMADAN pada masa akan datang................


Gambar : Sumber ihsan pakcik GOOGLES....

CIKMA : Menjelang SYAWAL..hanya kerinduan ku untuk mereka yang telah pergi..AL-FATIHAH...

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...