Wednesday 11 June 2014

Insan ini....Al-Fatihah

Terlalu terlambat Cikma ingin mengucapkan salam takziah dan Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Perak...DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Yusuff Izzuddin Shah.......:(

Perkhabaran berita kemangkatan Almarhum Cikma peroleh selepas sampai di Bandung (selepas check in di Hotel..baru ada WIFI)...terkejut dan terdiam sebentar... masa tu memang rasa yakin sangat mengenai berita kemangkatan sebab dapat di sumber berita online yang sahih...sebelum ni dengar desas-desus serta sudah bertebaran berita mengatakan baginda telah mangkat...padahal Almarhum semasa itu masih di berikan rawatan di IJN. Agak marah lah jugak semua dok wassup bagai sebarkan berita tu...bukan apa...belum di sahkan tolong lah hormati sikit keluarga baginda dan jugak rakyat jelata Negeri Perak...hinggakan pihak istana sahkan baginda waktu itu masih lagi berada dalam keadaan masih di beri rawatan barulah cerita itu di tutup...

Sedih...sangat sedih sebenarnya...Sultan yang bagi Cikma sangat dihormati dan di sayangi rakyat...Perwatakan baginda serta kebijaksaanaan baginda di banggakan oleh rakyat...Cikma sendiri bertuah di lahirkan di Negeri Perak serta bersultankan baginda...Sultan yang bijak, tenang dan sangat tampan pada pandangan mata Cikma...

Pada usia  86 tahun baginda meninggalkan kami seluruh rakyat negeri Perak...memang telah lama tahun Almarhum gering dan segala tanggungjawab nya dalam mentadbir negeri Perak di berikan kepada anakandanya...Raja Nazrin Shah...dan Raja Nazrin juga telah pun di tabalkan menjadi Sultan Perak yang baharu dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur Lah

Al-fatihah kepada Al-marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur Lah
Biodata : rujuk sini



Almarhum semasa muda...

CIKMA : Ramai cakap Almarhum hensem..yup..memang sejuk mata memandang melihatnya...cuba tengok keturunan dan waris Almarhum...cantik2 dan segak2 semuanya...yang penting...bijak dan pintar.....:)

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...