Wednesday 19 June 2013

Kek Coklat Lapis Cheese

Last recipe yang di buat..pasni dah takdelah nak letak entri masak2 ekk...cerita lain pulak akan di tulis..

Yang ni...sebenarnya dah kali ke-2 buat..kali pertama dulu resepi lain..nak kata sama bahan dia memang sama cuma kuantiti tu lain sikit...rasa of coz le sama kan..cuma yang 1st attempt tu Cikma sangat rajin me'layer'kan kek ni..siap 5 layer lagi tau...cantik jer tersusun..tapi tak sempat nak snap gambar..entah kenapa..kali ni guna pulak resepi daripada Kak Hana yang dah lama tak bersua dan menjengah blog beliau...hehe...sori kak...mintak izin ye...but trully kali ni Cikma macam malas sikit nak me'layer' bagai...selang sekali jer lapisan tu...pastu pulak macam sememeh sikit lapisan cheese tu..macam tak rata...niat hati sebab time tu sangatlah lapar dan teringin sangat nak makan..nak cepat siap ler kan...hehe

Pastu..Cikma terlebih rajin nak buat decor atas kek ni..letakkan lebihan forsting masa buat Red Velvet Cake..kira tak rugi lah kan buat banyak hari tu..belasah je lah labu...rupa macam biasa..buruk bebenor...haha..tapi tetap sedap..macam nak buat lagi ni..tapi tunggu balik kampung je lah....:)


Layan-layankan resepi nyer....

Bahan-bahan :

Lapis cheese :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara :
1) Pukul cream cheese dan gula hingga sebati
2) Masukkan telur, air dan tepung gandum. Pukul lagi hingga adunan sedikit kembang dan sebati.
3) Biarkan sebentar

Lapis coklat : - resepi asal (tapi Cikma double kan sebab nak banyak kek tu..)
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak/jagung
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam

Cara-cara :

1) Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking soda, baking powder dan garam.. Ketepikan
2) Pukul telur dan gula hingga kembang
3) Masukkan air, susu dan minyak..pukul hingga sebati
4) Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang di ayak tadi. Kacau sebati
5) Bahagikan kepada 2 bahagian.

- Kukuskan terlebih dahulu 1 bahagian koko. Lebih kurang 15 minit. Pastikan anda dah panaskan kukus terlebih dahulu..dan tutup penutup kukus tu dengan kain..(kalau rajin tutup adunan dengan aluminium foil..macam biasa Cikma ni malas nak potong dan sukat aluminium foil tu bagai..pakai kain bersih jer..hehe)
- Kemudian masukkan adunan cheese di atas bahagian kek yang di kukus tadi..ratakan adunan cheese dan kukus selama 15 minit.
- Lapisan terakhir, masukkan adunan koko di atas lapisan cheese dan kukus lebih kurang 20 minit..Sejukkan dan boleh lah lepas tu hiaskan dengan coklat masakan..SELAMAT MENCUBA..

p/s : Bekas loyang kita tu kita sapukan dengan sedikit marjerin dan tepung..senang sikit nanti kek tu di keluarkan daripada loyang..telur tu Cikma pakai gred A..tapi ada cakap gred B better sebab telur gred A ni telur putih nya banyak..orang cakap lah..tapi depends pada u'lls nak pakai gred berapa..selalu kek kita guna dua2 gred telur tu pun tak per...


Lapis cheese yang hodoh!!ngee...


Selepas di kukus...sebelum di hiaskan..konon lah kan..tapi hias macam ape ntah!!..:)

CIKMA : Di syorkan minum air banyak2 time panas dan berjerebu ni ye...Utamakan Kesihatan...:)

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...